
Wajibkah menggantikan puasa sunat yang dibatalkan?
SALINA MUHAMMAD, 25, berpuasa sunat hari ini. Beliau mahu meraih pahala apatah lagi dalam bulan Syaaban ini. Namun, secara tiba-tiba rakan baiknya yang datang dari kampung datang ke pejabatnya di Kuala Lumpur dan mengajaknya makan bersama. Mahu ditolak, beliau berasa serba salah kerana rakannya datang dari jauh. Akhirnya, dirinya mengambil keputusan membatalkan puasanya hari ini….