Kaki Jersi rancang buka cawangan di Terengganu, Melaka
SYARIKAT bumiputera, Kaki Jersi Enterprise (Kaki Jersi) akan membuka beberapa cawangan baharu sebagai usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai pencetak dan pengedar jersi dan rangkaian barangan sukan berjenama Kaki Jersi dalam pasaran tempatan serta antarabangsa. Pengarah Urusannya, Harfat Rusman berkata, setakat ini, mereka memiliki satu cawangan di Gombak dan merancang untuk membuka cawangannya di Terengganu dan Melaka…