Tag: #MalamFYPTimur

  • Malam FYP Timur — Sambutan Muzik Timur Indonesia Di Zepp Kuala Lumpur

    Malam FYP Timur — Sambutan Muzik Timur Indonesia Di Zepp Kuala Lumpur

    KUALA LUMPUR, 4 Februari 2026 — Fenomena muzik dari Timur Indonesia kini bersedia menggegarkan ibu kota menerusi Malam FYP Timur, sebuah konsert yang meraikan kebangkitan budaya muzik Timur Indonesia yang semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi muda. Konsert julung kali seumpamanya ini bakal berlangsung pada 24 April 2026, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman muzik yang bertenaga dan penuh identiti serantau.

    Dianjurkan oleh Gaga Entertainment, Malam FYP Timur menggabungkan elemen hiburan secara langsung dengan pengaruh budaya digital yang sedang mendominasi landskap muzik masa kini. Konsep konsert ini diinspirasikan daripada fenomena “For You Page (FYP)” di media sosial, menjadikannya sebuah acara interaktif yang dekat dengan cita rasa generasi Gen Z dan Milenial, selain meraikan kepelbagaian rentas budaya antara Malaysia dan Indonesia.

    Konsert ini menampilkan tiga nama besar dari Indonesia yang mencetuskan gelombang tular di platform digital, iaitu Silet Open Up, Faris Adam dan Ecko Show. Silet Open Up dikenali sebagai peneraju gerakan muzik Timur Indonesia dengan lagu hit Tabola Bale yang meraih ratusan juta penstriman dan tontonan, manakala Faris Adam mencuri perhatian menerusi lagu Stecu Stecu yang menjadi kegemaran pendengar serantau. Ecko Show pula tampil sebagai ikon hip hop Indonesia dengan gaya penceritaan tajam dan dekat dengan realiti anak muda.

    Lebih daripada sekadar konsert, Malam FYP Timur dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan budaya serantau melalui muzik. Menurut penganjur, acara ini diangkat sebagai sebuah perayaan budaya dan tenaga muda, membawa fenomena muzik Timur Indonesia yang bermula di alam digital terus ke pentas besar Malaysia. Gabungan irama, visual dan aura persembahan langsung dijangka mencipta malam yang bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan impak budaya yang bermakna kepada penonton.


    BUTIRAN KONSERT

    📅 Tarikh: 24 April 2025
    🕣 Masa: 8.30 malam
    📍 Lokasi: Zepp Kuala Lumpur
    🎟️ Kapasiti: 2,414 penonton


    KATEGORI & HARGA TIKET

    • Cat 1 (Standing): RM228
    • Cat 2 (Standing): RM208
    • Cat 3 (Standing): RM188
    • Cat 4 (Seating): RM238
    • Cat 5 (Seating): RM198
    • VIP Box (10 pax): RM5,000

    🎫 Platform Tiket:
    Tiket boleh didapati menerusi Ticket2U di
    👉 www.ticket2u.com.my/MalamFYPTimur