BNM lantik Ahli Majlis Penasihat Syariah bagi tempoh 2019-2022
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan sembilan ulama dan pengamal Syariah terkemuka sebagai ahli Majlis Penasihat Syariahnya (MPS) bagi tempoh 1 November 2019 hingga 31 Oktober 2022. Dalam kenyataan hari ini, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Seksyen 53 (1) Akta Bank…