‘Rekaan Katana tambat hati saya’
DALAM dunia ini, ada kepelbagaian manusia yang mempunyai kecenderungan yang berbeza-beza. Sesetengah individu yang meminati lukisan sanggup membeli sebotol warna akrilik pada harga ratusan ringgit demi memastikan kanvas kosong berubah menjadi calitan seni yang memukau. Terdapat juga individu yang sanggup mengembara ke Tunisia dan Bosnia Herzegovina semata-mata mahu membeli peta kuno sebagai memenuhi minatnya…