Abdul Farid tidak sambung kontrak sebagai presiden, GPCEO Maybank
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GPCEO) Malayan Bank Bhd (Maybank), Datuk Seri Abdul Farid Alias menyatakan bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya yang akan tamat pada 1 Ogos 2022. “Farid, yang memegang jawatan itu sejak 2 Ogos 2013, telah memaklumkan kepada Lembaga Pengarah Maybank bahawa beliau ingin mengikuti minat peribadinya selepas berakhir penggal ketiganya…