Pelajar Tingkatan 4 Maut Ditikam di Sekolah: Rakan Sekolah Tingkatan 2 Ditahan
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai ditikam oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Bandar Utama, pagi tadi. Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila suspek dipercayai membawa senjata tajam, disyaki pisau, ke sekolah sebelum bertindak menyerang mangsa. Difahamkan, suspek turut menikam pelajar lain, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut…