Konsert epik “Cintaku Tertinggal di Malaysia” menampilkan Dewa 19 bersama Padi Reborn dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026. Tiket rasmi akan mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi.
Band legenda Indonesia, Dewa 19, bakal mencipta sejarah baharu di Malaysia dengan konsert eksklusif bertajuk “Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia” yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini merupakan penampilan kembali Dewa 19 di ibu negara selepas hampir tiga tahun sejak konsert Dewa 19: A Night…