
MUVA, Datasonic dan TNB ILSAS bangunkan projek di Guinea
SHAH ALAM – Persatuan Perikatan UAV Malaysia (MUVA) mengumumkan kerjasama mereka dalam membangunkan penyelesaian tinjauan dan pemetaan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) termaju untuk projek E-Land DGB di Republik Guinea, Afrika. Projek itu akan dijayakan bersama Datasonic Group Berhad (DGB) iaitu penyedia penyelesaian ICT berasaskan keselamatan terkemuka dan TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS)…