Amira Othman Sentuh Jiwa Wanita Terluka Dalam Lagu Tema “Dalam Sujudku”
Penyanyi bersuara lunak, Amira Othman, kembali mewarnai dunia muzik tempatan dengan balada syahdu berjudul Dalam Sujudku, sebuah karya yang menyentuh nurani dan menyelami kedukaan seorang wanita yang terperangkap dalam cinta yang menyakitkan. Lagu ciptaan dan terbitan komposer Farouk Roman dengan lirik ditulis oleh Senna ini diangkat sebagai lagu tema utama untuk drama penuh emosi, Dia…