Stories by Muslim Pro Raikan Keindahan Naratif Islam Global

Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, terus melangkah ke hadapan dengan pelancaran inisiatif kreatif terbaharu, Stories by Muslim Pro. Ia merupakan sebuah hab penceritaan digital global yang menghimpunkan suara-suara tulen serta kisah autentik daripada komuniti Muslim di seluruh dunia. Melalui platform ini, Muslim Pro berhasrat mengetengahkan naratif yang menggambarkan kepelbagaian budaya, keindahan spiritual, dan nilai kemanusiaan yang menyatukan umat Islam merentasi sempadan.

Pelancaran rasmi inisiatif ini diserikan dengan sesi diskusi panel bertajuk “Storytelling in the Digital Era” yang menampilkan Nafees Khundker, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Muslim Pro serta Abrar Hussain, pembikin filem tersohor yang terkenal dengan karya seperti One Day in the Haram dan One Night in Al Aqsa. Abrar turut menjadi juri untuk pertandingan global Stories of the Beloved, sebuah festival filem pendek dan kandungan digital yang meraikan keindahan iman melalui perspektif moden.

Sebagai pembuka tirai, Stories by Muslim Pro mempersembahkan tayangan perdana dokumentari istimewa berjudul Madina: The Enlightened City. Filem ini menelusuri keindahan, sejarah, dan aura spiritual Kota Madinah melalui sentuhan sinematik Abrar Hussain. Menurut beliau, dokumentari ini bukan sekadar paparan visual, tetapi juga satu penghormatan kepada nilai kemanusiaan dan pengabdian yang menjadikan Madinah kota penuh keberkatan. Dokumentari ini boleh ditonton secara eksklusif di aplikasi Muslim Pro mulai 1 Oktober.

Selain dokumentari tersebut, Muslim Pro turut memperkenalkan Stories of the Beloved, sebuah pertandingan filem pendek dan kandungan digital (UGC Shorts) yang mengangkat kisah bagaimana Islam dihayati dalam kehidupan seharian. Pertandingan ini turut menampilkan juri antarabangsa termasuk pencipta kandungan digital Malaysia, Fikri ZamRi, yang membawa suara dan pandangan serantau ke pentas global.

Muslim Pro juga menjemput masyarakat untuk menyertai undian bagi UGC Shorts Viewer’s Choice Award melalui aplikasi Muslim Pro dari 9 hingga 21 September 2025. Penonton boleh membuat pra-belian dokumentari Madina: The Enlightened City bermula 11 September dan menontonnya mulai 1 Oktober, di samping menikmati pelbagai karya inspiratif dari Stories of the Beloved melalui platform Muslim Pro dan Qalbox.

Inisiatif ini disokong oleh Gobi Partners dan menjadi langkah baharu Muslim Pro dalam memperkukuh peranan penceritaan Islam secara digital di peringkat global. Muat turun aplikasi Muslim Pro di Apple App Store atau Google Play Store untuk mengakses kandungan eksklusif Stories by Muslim Pro dan menyelami kisah-kisah yang menyentuh hati.