Sepuluh Malam Terakhir: Detik Terindah di Penghujung Ramadan

Menghampiri penghujung Ramadan yang penuh keberkatan, program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton dengan perbincangan santai yang sarat inspirasi. Bersiaran secara langsung selama 10 malam terakhir Ramadan, program ini mengupas pelbagai topik menarik serta perkongsian bermakna yang mampu menyentuh jiwa dan memberi pengajaran.

Saksikan ‘10 Malam Terakhir’ bermula 20 hingga 29 Mac 2025, jam 6.00 petang hanya di TV9 atau strim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton. Pastikan anda tidak terlepas peluang merasai momen penuh inspirasi dan menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini!

Program ini dikendalikan oleh hos utama, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, bersama pengacara popular, Bell Ngasri, yang akan membawakan perbincangan menarik sepanjang program. Barisan tetamu jemputan terdiri daripada selebriti, pendakwah, dan tokoh masyarakat yang bakal berkongsi pandangan mereka mengenai topik seperti persiapan menyambut malam Lailatulqadar, pengurusan kewangan menjelang Hari Raya, serta kepentingan zakat dan fidyah. Antara selebriti yang bakal menyerikan program ini ialah Faizal Tahir, Tomok, Sharifah Shahira, Ropie, Ajai, Datuk Rashid Sidek, Datuk Ustaz Kazim Elias, dan Datuk Rosyam Nor.

Segmen khas Selera Ramadan Nopales turut disajikan dengan pelbagai idea menu sahur dan berbuka yang mudah tetapi berkhasiat, sesuai untuk mereka yang sibuk namun tetap mahu menyediakan hidangan lazat. Setiap episod menampilkan tema masakan berbeza serta tip berguna agar Ramadan lebih bermakna.

Penonton juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik berupa jam azan digital menerusi Kuiz Jawab & Menang! Hanya jawab soalan yang diberikan dalam setiap episod dan hantar jawapan di ruangan komen Facebook dan Instagram TV9 Malaysia berserta slogan paling kreatif. Pemenang bertuah akan diumumkan di platform media sosial.

Disokong oleh Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), program ini bukan sekadar bual bicara biasa, tetapi satu platform yang mengajak penonton mendalami serta menghayati keistimewaan 10 malam terakhir Ramadan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan ‘10 Malam Terakhir’ bermula 20 hingga 29 Mac 2025, jam 6.00 petang di TV9 Malaysia! Jangan lupa ikuti media sosial rasmi di Facebook, Instagram, X (Twitter) (@TV9Malaysia), serta TikTok (@TV9MalaysiaOfficial) untuk maklumat terkini.