Sengaja pilih jalan jauh untuk solat qasar?

SOLAT qasar antara rukhsah yang diberikan ALLAH SWT kepada mereka yang bermusafir.

Ia hanya khusus untuk solat fardu empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isyak dengan cara memendekkan atau meringkaskan solat berkenaan kepada dua rakaat.

Bagaimanapun, solat qasar hanya boleh dilakukan sekiranya perjalanan kita melebihi dua marhalah iaitu sekitar 85 kilometer (km) hingga 90 km berdasarkan pengiraan sekarang.

Dari segi perjalanan, bagaimana yang membolehkan kita untuk melakukan solat qasar?

Adakah boleh kita dengan sengaja memilih jalan berliku atau yang mempunyai jarak panjang lebih daripada dua marhalah untuk destinasi dituju?

Menurut pendakwah Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid, sebenarnya ada dua isu dalam persoalan berkenaan.

Pertama, katanya, jika kita memilih laluan jauh kerana lebih selamat, jalan lebih mudah iaitu untuk mengelak kesesakan atau jalan lebih baik dan tidak rosak serta mengelak banjir dan sebagainya, maka diharuskan qasar sekiranya melebihi dua marhalah.

“Namun, jika sengaja ikut jalan jauh sebab nak dapat lebih dua marhalah, maka tak dibenarkan qasar.

“Ini pendapat Mazhab Syafie disebut dalam kitab habib Hasan al-Kaf,” katanya menerusi ciapan di Twitter miliknya malam tadi ketika menjawab soalan seorang warganet.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *