Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ Mulai 17 Disember ini di Astro Ria

Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ Mulai 17 Disember ini di Astro Ria

Bayangkan kualiti lagu apabila pelbagai generasi dan genre menggabungkan muzik mereka! Memperkenalkan “The Last TRIO Standing,” rancangan muzik realiti terbaru Astro, yang akan menampilkan pelbagai trio yang terdiri daripada kedua-dua bintang terkenal dan sedang meningkat naik dalam industri muzik.

Antara 30 nama-nama yang bakal bertanding menerusi ‘TLTS’ adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari,  serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack.

Selain memaparkan barisan peserta-peserta yang hebat, ‘TLTS’ turut akan menampilkan panel juri terkemuka yang diketuai Ajai dan Jennifer Thompson sebagai juri tetap serta juri-juri undangan seperti Dato’ M.Nasir, Dato Siti Nurhaliza, Dato Hattan dan Dato Acis. Manakala pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan mengemudi ‘TLTS’ sebagai pengacara.

Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ yang bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 17 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.