RICO SETIABUDI MENGGAYAKAN ESTETIK 80-AN DENGAN ‘HANYA TANYA’

RICO SETIABUDI MENGGAYAKAN ESTETIK 80-AN DENGAN ‘HANYA TANYA’

Rico Setiabudi merupakan penyanyi Singapura yang single pertamanya di bawah Luncai Emas Sdn Bhd ialah lagu Hanya Tanya. Sebagai seorang pemuzik, beliau secara bebas menerbitkan lagu Teman Imaginasi, Tanya Lagi Ok, dan Bisikan Hati. Lagu ini, yang ditulis sendiri oleh Rico, dicipta dengan kerjasama abangnya Rayhul Firdaus, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengannya dalam projek lain.

Begitu juga dengan Rifaah Ridzuwanulhakim, abang beliau yang merupakan produser kepada lagu Hanya Tanya dan juga pembikin video lirik yang sedia dilayani di Youtube sekarang. Ketiga adik-beradik ini sering berkolaborasi dan mengeluarkan karya bersama dalam pelbagai perkara yang melibatkan seni seperti konten video dan muzik.

Daripada picitan chord yang rambang di atas ukulele terlahir satu susunan yang, menurut beliau, masih tak dapat dipastikan sehingga sekarang namun telah menangkap hati dan bermain di fikiran mereka pada waktu itu lalu menjadi sebuah lagu. Menurut Rico, pada waktu penulisan lagu itu (2018) sebelum Kerjasama beliau dengan Luncai Emas, lagu ini pernah dirakam dalam versi dan genre yang amat berbeza iaitu dalam gaya Pop RnB.

Dengan harapan untuk membawa Rico kea rah konsep yang baru, pihak kreatif Luncai Emas bersama Rico telah membuat keputusan untuk mengekalkan melodi lagu Hanya Tanya, sambal memakai gubahan ala-ala muzik pop 80-an, yang sesuai kepada gaya tenaga persembahan Rico di atas pentas. Usaha ini telah dilaksanakan dengan Kerjasama Reyna Hamizan, yang merupakan arranger Hanya Tanya yang telah memberikan lagu ini perisa 80-annya.

Pembikinan lagu ini bukanlah sesuatu yang mudah. Akibat wabak Covid-19, rakaman mereka yang sepatutnya berlangsung di Malaysia waktu itu tergendala apabila PKP diumumkan pada hari yang sama. Walau bagaimanapun Rico tetap berusaha dan mengambil risiko untuk menyeberang dan akhirnya tersiap juga rakaman tersebut.

Sejak penemuannya oleh pihak kreatif Luncai Emas pada tahun 2019, beliau merupakan seorang artis yang dinanti-nantikan karyanya kerana suara beliau yang lunak dan unik, dan kebolehan beliau untuk membawa pelbagai genre dan gaya nyanyian. Latar belakangnya dalam bidang nyanyian juga menjadi bukti kepada semangat dan kebolehan beliau, setelah menyertai pelbagai jenis pertandingan nyanyian dari umur yang kecil lagi. Malah sehingga ke Sepanyol beliau membawa diri untuk menyertai pertandingan nyanyian. Selain daripada nyanyian, bakat beliau dalam pelbagai aspek seni yang lain seperti lakonan dan komedi membuatnya seorang artis yang mempunyai pakej yang penuh.

Mulai 16 November 2022, Hanya Tanya akan sedia untuk didengari dan dilayani di semua platform seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan lain-lain.