Penulis memberi jaminan, ia bukan sahaja sedap malah diperakui halal dan bebas daripada sebarang alkohol. Rasanya memenuhi citarasa rakyat negara ini.
Baru-baru ini, Dapur Femina diajak menjejakkan kaki ke restoran di bawah jenama Asian Taste ini. Secara keseluruhan, ia berkonsepkan gabungan makanan Mediterranean dan Asian.
Bagi peminat makanan jenis Mediterranean, rugi jika anda tidak mencubanya! Menu seperti Striploin Stik, Braised Lamb Shank dan Harissa Lamb Chop antara stik popular dan terbaik yang boleh anda nikmati.
Bagaimana pula dengan pasta? Penulis ingin maklumkan, hidangan ini merupakan hasil air tangan tukang masak yang berpengalaman bertahun-tahun dalam pembuatan pasta segar. Katakan apa sahaja jenis pasta, semua ada. Daripada Aglio Olio Udang Galah, carbonara, bolognaise, ravioli sehingga seafood arabiata.
Penulis tidak mahu keterlaluan tetapi tetap mahu katakan, rasa pasta-pasta ini dan kualitinya sama seperti hotel bertaraf 5 bintang. Harga berbaloiSebenarnya, Restoran Brunch & Brasserie ini baru beroperasi kira-kira tiga bulan.
Harga mampu milik
Selain Mediterranean dan Asian, ia juga menyediakan menu lain seperti Ramyun Meatball, The Beatles, Chicken Ravioli, The Big Breakie, Hendrix 40 dan banyak lagi. Malah pelanggan juga boleh membuat pilihan menu lain yang mana lebih 50 hidangan makanan dan minuman disediakan di restoran ini.
Premis ini amat sesuai untuk keluarga dan mereka yang mahu bersantai dan meluangkan masa yang berharga dengan yang tersayang. Kenapa penulis kata begitu? Ini kerana kondisi restorannya yang luas dan selesa, tenang serta dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, tandas dan lain-lain serta sangat berdekatan dengan stesen MRT TTDI.
Bagaimana pula dengan harga? Jangan risau harganya sangat mampu milik. Ia bermula pada harga RM10 hingga RM60. Harga kombo untuk sekeluarga juga ada. Tidak mahal, ia bermula pada harga RM49 hingga RM129. Dengan angka yang berbaloi itu, anda boleh nikmati makanan untuk satu keluarga, bukan seorang ya!
Justeru, Ketua Eksekutif Kumpulan merangkap Pengurus Operasi, Cef Shamsul Kamar Hashim yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri makanan dan perhotelan 5 bintang di luar negara dan tempatan menjemput orang ramai untuk bertandang ke restorannya.
“Marilah singgah, daging stik kami sangat murah dan lembut. Anda boleh nikmati sepinggan hidangan itu pada harga RM26.90 sahaja. Combo Set Lunch kami serendah RM12.90 berserta minuman,” katanya.
Restoran Brunch & Brasserie beroperasi jam 8 pagi – 9.30 malam (kecuali Ahad tutup).