Hussamuddin ketika program bual bicara Sinar Al-Jumu’ah bertajuk ‘Jumaat kita lesu?’ yang disiarkan secara langsung menerusi platform digital Quran Hour pada Jumaat.
SHAH ALAM – Nilai adab dalam kalangan umat Islam yang semakin terhakis memerlukan perubahan besar oleh kumpulan 3U iaitu ummah, umara dan ulama dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, tindakan itu wajib dilakukan setiap lapisan masyarakat agar berlaku kesatuan, transformasi sosial dan penambahbaikan yang berterusan.
“Keadaan semakin parah, sekarang ini kita lihat di sosial media sudah tidak ada sempadan hormat antara tiga peringkat itu (3U) dan bila sudah berlaku, ia dianggap sebagai tragedi ummah.
“Kita perlu ambil semangat Jumaat ini untuk kembali kepada asas dengan mencari semula nilai yang ada dalam al-Quran dan ‘reset’ diri kerana kita sudah terlalu jauh tersasar,” katanya dalam program bual bicara membawa Sinar Al-Jumu’ah bertajuk ‘Jumaat kita lesu?’ yang disiarkan secara langsung menerusi platform digital Quran Hour pada Jumaat.