Pada 4 Ogos 2020, Rapid Rail Sdn Bhd telah memberikan penjelasan berkenaan dengan isu yang melarang warga asing yang memakai gelang hijau bertulis COVID-19 dan seorang rakannya daripada masuk ke sistem LRT di Pasar Seni pada Sabtu lepas. Tujuannya adalah untuk mengelakkan rasa panik di kalangan pengguna LRT.
Pihak Rapid Rail telah mengesahkan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa hanya warna merah jambu dan putih sahaja yang digunakan untuk gelang tangan individu yang sedang dikuarantinkan.
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 ini, pihak Rapid Rail dan Rapid Bus sentiasa mengsanitasi tren serta bas dan memastikan bahawa pekerja dan pengguna mematuhi standard operasi prosidur yang telah ditetapkan. Juga dinasihatkan supaya pengguna perkhidmatan Rapid KL agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi tanpa maklumat yang tepat.