1) Belikan buah tangan/hadiah
Setiap kali pulang ke kampung menjenguk mertua, bawalah buah-buahan, kek, kuih-muih atau hadiah berupa tudung atau apa yang dirasakan sesuai untuk mereka. Pemberian itu sebenarnya akan membuatkan mereka rasa dihargai oleh menantunya. Tidak perlu material yang terlalu mahal. Sebenarnya, tidak kira pemberian berupa apa pun, ia sudah menggembirakan hati mereka. Percayalah.
2) Ringan tulang
Ringankan tangan membantu mertua seperti memasak atau menyapu sampah bila berada di kediamannya. Tunjukkan diri anda seorang yang rajin dan mahu menolongnya meskipun anda bukan seorang kaki masak.
3) Jaga tutur kata
Berhati-hati ketika menuturkan sesuatu, jangan sampai menyinggung perasaan mertua dan keluarganya. Untuk memastikan anda bersopan ketika berbual dengannya, anda haruslah mengawal diri dari segi perlakuan dan percakapan.
4) Jadi pendengar setia
Cuba sebaiknya menjadi pendengar setia kepada apa sahaja ingin ceritakan. Dengar apa yang mertua ingin kongsikan. Jika mereka sudah mula mahu bercerita dengan anda, itu bermakna mereka sudah percaya dan selesa. Lama kelamaan akan wujud chemistry antara anda berdua.
5) Jangan marah suami/isteri depan mertua
Pasangan akan berasa tercabar jika anda memarahinya di khalayak ramai lebih-lebih lagi di hadapan ibu bapanya. Tolong jaga aib pasangan, bersabarlah dan bawa berbincang di tempat yang lebih sesuai dan tertutup.
6) Selalu hubungi mertua untuk bertanya khabar atau bersembang sebarang topik dengan mereka.
Anda boleh bercakap melalui corong telefon, bersms atau Whatsapp. Jika perlukan sebarang pandangan dan pendapat, boleh bertanya atau kongsikan dengan mereka.
7) Jangan berkira
Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging anda supaya hubungan akan bertambah mesra. Layan mereka sebagaimana anda melayani ibu bapa sendiri. Jangan berkira dari segi masa dan tenaga.
8) Jangan mencampuri masalah dalaman keluarga mertua
Jangan masuk campur masalah adik-beradik pasangan. Sebaik-baiknya, ambil pendekatan kunci mulut dan beredar dari tempat perbincangan. Jangan sesekali bertanya permasalahan itu kepada mertua atau ipar duai.
9) Jangan terperap dalam bilik
Sebagai menantu, anda perlu bangun pagi dan membantu kerja-kerja di dapur bersama mertua. Jangan hanya terperap dalam bilik tidur dan hanya keluar bila makanan sudah terhidang. Perangai ini sungguh tidak elok.
10) Beri pujian
Berilah pujian jika makanan yang dimasak mertua sedap dan enak. Kemudian minta resepi daripadanya. Pendekatan ini menunjukkan bahawa anda berminat untuk meniru dan mencuba masakannya.