Qatar Airways Menghoskan Persidangan Akhbar di Kuala Lumpur untuk Mengumumkan Pelancaran Khidmat Penerbangannya ke Langkawi -Perkhidmatan bertalian ke Langkawi melalui Pulau Pinang akan bermula pada 15 Oktober 2019 – ( Perkhidmatan yang akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu akan ditingkatkan kepada lima kali seminggu bermula 27 Oktober 2019 )

Qatar Airways Menghoskan Persidangan Akhbar di Kuala Lumpur untuk Mengumumkan Pelancaran Khidmat Penerbangannya ke Langkawi -Perkhidmatan bertalian ke Langkawi melalui Pulau Pinang akan bermula pada 15 Oktober 2019 – ( Perkhidmatan yang akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu akan ditingkatkan kepada lima kali seminggu bermula 27 Oktober 2019 )

27 Ogos 2019 DOHA, Qatar -— Bagi membuat pengumuman mengenai pelancaran khidmat penerbangan Qatar Airways ke Langkawi, Malaysia, Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Tuan Yang Terutama En. Akbar Al Baker telah menghoskan acara sidang akhbar pada hari ini di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur.

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh Duta Qatar ke Malaysia, Tuan Yang Terutama En. Fahad Mohammed Kafoud, Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri bin Adnan.

Perkhidmatan terbaharu ke Langkawi ini yang akan bermula pada 15 Oktober 2019 merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan strategik oleh syarikat penerbangan berkenaan di rantau Asia Tenggara dan ia menjadi destinasi Qatar Airways yang ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Qatar Airways akan memulakan dengan operasi perkhidmatan bertalian ke Langkawi yang berkadar empat kali seminggu melalui Pulau Pinang dan kemudiannya akan ditingkatkan kepada pengoperasian lima kali seminggu bermula 27 Oktober 2019 menerusi pesawat canggih Boeing 787 Dreamliner yang mempunyai 22 tempat duduk di Kelas Perniagaan dan 232 tempat duduk di Kelas Ekonomi. Bukan itu sahaja, pesawat tersebut turut didatangkan dengan ruang kabin yang luas serta reka bentuk dalaman yang istimewa.

Bukit-bukau yang hijau, pasir pantai yang memutih serta perairan biru yang indah menawan merupakan antara sebabnya para pelancong memilih untuk mengunjungi Langkawi, sebuah gugusan kepulauan terdiri daripada 99 pulau yang mempesonakan, dikelilingi oleh Laut Andaman di pantai barat Malaysia. Dikenali sebagai ‘Permata Kedah’, Langkawi ialah halaman bagi hutan hujan tropika dan bakau yang kaya dengan flora dan fauna. Tambahan lagi, pulau tersebut turut tergolong dalam senarai 50 tempat pelancongan dan riadah yang terbaik untuk dikunjungi pada tahun 2019 oleh Travel + Leisure.

Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Tuan Yang Terutama En. Akbar Al Baker berkata, “Langkawi merupakan destinasi tumpuan di Malaysia dan saya yakin perkhidmatan penerbangan kami akan membantu meningkatkan tahap aksesibiliti serta memangkin aktiviti pelancongan di perkarangan yang indah ini. Menerusi lima penerbangan mingguan ke Langkawi, perkhidmatan kami menawarkan peluang untuk para penumpang melancong dan menikmati masa yang diluangkan di destinasi ini. Kami juga ingin menawarkan keupayaan keterhubungan yang lebih baik buat para penumpang yang akan membuat kunjungan dari Malaysia ke rangkaian global ekstensif kami yang terdiri daripada 160 buah destinasi. Perkhidmatan penerbangan baharu ini mencerminkan komitmen kami untuk melebarkan sayap Qatar Airways bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau Asia.” Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dalam pada itu menyatakan, “Saya menzahirkan perasaan suka cita atas perkhidmatan yang dilanjutkan oleh Qatar Airways yang kini akan meliputi Langkawi, ia sudah tentunya dapat mewujudkan pelbagai peluang untuk industri pelancongan Malaysia, serta negeri Kedah Darul Aman. Perkhidmatan penerbangan Qatar Airways akan membuka luas pintu Langkawi untuk dikunjungi oleh para pelancong dari serata dunia. Langkawi yang merupakan Geopark Global UNESCO akan memukau para pengunjung dengan keunikannya.”

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Hezri bin Adnan berkata, “Pelancaran perkhidmatan milik Qatar Airways ke Langkawi menepati aspirasi pulau tersebut dan ia sejajar dengan pelan kami untuk terus memperkukuhkan kedudukan tempat ini sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Di samping itu, ia turut berpotensi untuk melengkapi ekonomi dan industri pelancongan Langkawi sementara kami mengambil langkah yang bertepatan untuk mengalukan para pelancong dari seluruh dunia untuk mengamati sendiri budaya pulau ini yang istimewa serta pemandangan indah yang berlatarbelakangkan perkarangan tropika yang tercantik di Malaysia.”

Qatar Airways menghubungkan para penumpang dengan lancar dari Malaysia ke 160 buah destinasi merentasi enam benua melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha. Syarikat penerbangan rasmi negara Qatar ini juga telah melancarkan perkhidmatan penerbangannya ke destinasi-destinasi lain yang menarik pada tahun 2019, ia termasuk Lisbon, Portugal; Malta; Rabat, Maghribi; Davao, Filipina; |zmir, Turki; dan Mogadishu, Somalia; serta akan menambah Gaborone, Botswana ke dalam rangkaian ekstensifnya pada bulan Oktober 2019 nanti.

Qatar Airways yang pernah menggarap pelbagai anugerah di bawah namanya, telah dinobatkan sebagai ‘Syarikat Penerbangan Terbaik’ buat kali yang kelima oleh Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2019 anjuran organisasi penarafan pengangkutan udara antarabangsa, Skytrax. la juga telah mendapat pengiktirafan ‘Kelas Perniagaan Terbaik di Dunia’, ‘Tempat Duduk Kelas Perniagaan Terbaik’, dan ‘Syarikat Penerbangan Terbaik di Timur Tengah’.

Jadual penerbangan bermula 15 Oktober 2019: Operasi perkhidmatan pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad

Doha (DOH) ke Pulau Pinang (PEN) QR 866 berlepas 02:25, tiba 15:00 Pulau Pinang (PEN) ke Langkawi (LGK) berlepas 16:25, tiba 17:05

Langkawi (LGK) ke Pulau Pinang (PEN) QR 867 berlepas 19:00, tiba 19:40 Pulau Pinang (PEN) ke Doha (DOH) berlepas 21:00, tiba 23:45

*Jadual pada tarikh 15 Oktober mungkin tertakluk kepada perubahan

Jadual penerbangan bermula 27 Oktober 2019: Operasi perkhidmatan pada hari Selasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad

Doha (DOH) ke Pulau Pinang (PEN) QR 866 berlepas 02:10, tiba 14:20 Pulau Pinang (PEN) ke Langkawi (LGK) berlepas 15:30, tiba 16:20

Langkawi (LGK) ke Pulau Pinang (PEN) QR 867 berlepas 18:40, tiba 19:40 Pulau Pinang (PEN) ke Doha (DOH) berlepas 20:35, tiba 23:25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *