PUSINGAN 360° MMA KE LAKON LAYAR 

PUSINGAN 360° MMA KE LAKON LAYAR 

Lisa (Erne Marina Ainalisa Mohd Noer) bersedia untuk mengambil peluang dan membuat pusingan 180 darjah demi memenuhi hasrat bapanya untuk dia bergelar pelakon. Dia pernah bertanding dalam seni mempertahankan diri campuran. Sesuai dengan personalitinya yang keras, Lisa membuat keputusan untuk menjadi pelakon aksi yang serba boleh.

Sebelum memasuki FIT FOR ACTION, Lisa merupakan seorang atlet MMA. Pernah memasuki pertandingan sukan bina badan di Singapura dan Indonesia sehingga memenangi Champion of Champion pada tahun 2017 dan 2019. Namun, kini Lisa beralih ke dunia lakonan atas permintaan bapanya. Menurut Lisa, “Berlakon ini pada mulanya bukan impian saya, saya memasuki FIT FOR ACTION atas permintaan bapa saya yang ingin melihat saya sebagai seorang pelakon terutama dalam genre aksi. Alhamdulillah saya berjaya di pusingan uji bakat dan ke peringkat seterusnya, saya menganggap ini sebagai satu rezeki.” 

“Saya suka menerokai untuk lebih mengetahui diri saya, selain daripada melakukan aktiviti lasak seperti menunggang motor, aktiviti paranormal dan fitness, berlakon bagi saya adalah sesuatu yang saya perlu cuba untuk mengenal diri saya lagi. Dengan mempunyai sedikit pengetahuan MMA saya ingin menjadi seorang pelakon aksi kerana pelakon aksi wanita di Malaysia sangat sedikit,” tambah Lisa. 

Bagi Lisa, jika diberi peluang untuk melakonkan watak perempuan ayu, dia sanggup untuk menggalaskan tanggungjawab yang diberi oleh pengarah, kerana dia percaya mereka lebih tahu siapa yang sesuai dengan watak itu dan sudah menjadi keinginan seorang pelakon untuk menjadi pelakon yang verstail dan  boleh melakukan pelbagai genre watak bukan sahaja aksi.

Bolehkah Lisa mengalahkan peserta lain dan menjadi juara FIT FOR ACTION? Jangan terlepas untuk menonton FIT FOR ACTION, pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

FIT FOR ACTION ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon- layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip. 

FIT FOR ACTION menampilkan Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama. FIT FOR ACTION berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.