PUTRAJAYA, 25 Ogos 2020 – Dalam usaha bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan, Pusat Membeli-Belah Alamanda Putrajaya (Alamanda) akan melancarkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung selama tiga minggu bermula dari 24 Ogos sehingga 16 September 2020 berikutan dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63 dan juga Hari Malaysia yang ke-57 pada 31 Ogos 2020 dan 16 September 2020.
Kempen Hari Merdeka di Alamanda menyajikan sesuatu untuk para pembeli, keluarga dan juga komuniti sekitar, iaitu bermula dengan pertandingan seni VIKids yang berakhir baru-baru ini. Dengan tema “Hari Kemerdekaan yang ke-63”, para pembeli dan pengunjung Alamanda akan diberi peluang untuk mengundi pemenang utama dari 20 finalis yang akan dikategorikan kepada dua kumpulan umur: Kategori 1 (7-9 Tahun) dan Kategori 2 (10-12 Tahun).
Hasil undian setiap daripada para pembeli akan di paparkan di monitor skrin bermula dari jam 10 pagi (bermula 24 Ogos sehingga 13 September 2020) yang akan disediakan di sekitar lokasi paparan karya para peserta selain dari siaran dalam talian laman web dan “Facebook” Alamanda. Pihak pengursan Alamanda akan menyaring undian para pembeli pada 15 September 2020 dan pihak ibu bapa para finalis akan dihubungi oleh pihak pengurusan untuk menerima hadiah yang akan disediakan.
Bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan semasa berlangsungnya sambutan Hari Kemerdekaan ini, Pusat Membeli-Belah Alamanda akan mengumpul dana yang sebanyak RM10,000.00 untuk membeli makanan ringan yang akan disumbangkan kepada kakitangan dan barisan hadapan medik di salah sebuah hospital bertempat di Putrajaya. Dana tersebut akan dikumpul semasa tebusan cenderahati yang berupa baju tee Merdeka edisi terhad oleh para pembeli selain dan juga semasa proses undian peserta peraduan seni “VIKids”
Bagi mendapatkan baju tee eksklusif tersebut, pembeli hanya perlu menunjukkan bukti resit pembelian yang berjumlah sekurang-kurangnya RM500 terkumpul melalui 3 resit dari mana-mana kedai-kedai terpilih Alamanda bermula dari 24 Ogos hingga 16 September 2020. Penebusan tersebut hanya sah di lakukan pada hari pembelian sementara stok masih ada. Setiap pembeli yang menebus baju tee juga adalah digalakkan untuk mengundi pemenang bagi peraduan seni “VIKids”, dan melalui setiap undian yang dibuat pihak Alamanda akan menyumbang RM10 ke dana sumbangan kakitangan dan barisan hadapan medik.
Bagi menyerikan nilai sahsiah usaha murni ini, setiap pembeli yang telah mengundi akan diberikan peluang untuk menandatangan kad ucapan terima kasih yang bersaiz A2 yang akan diberikan semasa sumbangan makanan ringan itu berlangsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Surai KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Bagi membuka tirai sambutan Hari Kemerdekaan, pihak Alamanda akan memperhalusi sebanyak mungkin elemen kewaraganegaraan di dalam penganjuran aktiviti menarik selain dari kekal fokus akan tema Malaysia Prihatin di dalam usaha memperkasakan keselamatan dan kesejahteraan para pembeli.
Para pembeli yang menebus baju tee esklusif dan mengundi pada hari bekerja (Isnin – Khamis, tidak termasuk cuti am) berpeluang memenangi baucar MPH bernilai RM 200 melalui kempen “Weekday Lucky Bonus” (24 Ogos – 10 September 2020). 3 keping baucar yang mana bernilai RM200 setiap satu akan diberi kepada pemenang cabutan bertuah yang akan di adakan pada 11 September 2020 jam 3 petang. Para pemenang akan dimaklumkan untuk mengambil hadiah pada 16 September 2020.
Para pelanggan akan menyaksikan dekorasi meriah yang berwarna-warni yang bertemakan Hari Kemerdekaan sepanjang tempoh kempen tersebut berlangsung. Papan latar belakang yang cantik dan menarik yang bersaiz besar akan disediakan untuk para pengunjung untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan selain dari berbagai hasil karya seni bercorakkan semangat cinta akan negara adalah antara daya tarikan yang bakal menghiasi suasana patriotisma di Alamanda. Pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan juga cuti umum khususnya, pihak Alamanda akan memainkan lagu-lagu kebangsaan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan dan kemasyarakatan yang secara halusnya membantu memperingati nilai penting akan kepentingan sambutan Hari Kemerdekaan.
Sebagai tanda terima kasih juga, Pusat Membeli-Belah Alamanda akan memberi 1000 bungkus nasi lemak secara percuma pada tanggal 31 Ogos 2020 (Hari Merdeka) dan 16 September 2020 (Hari Malaysia) kepada para pembeli yang menggayakan baju tee Merdeka eksklusif edisi terhad Alamanda.
Para pengunjung juga di ingatkan supaya tidak gusar akan keselamatan semasa berada di Pusat Membeli-Belah Alamanda. Pihak pengurusan amat mementingkan tahap kebersihan optima terutama sekali bagi proses sanitasi dan pembersihan di samping memastikan setiap SOP penjarakan sosial, saringan suhu badan dan pemakaian topeng muka diperketatkan.