Headlines

PropertyGuru: Ruang, Harga dan Reputasi Pemaju menjadi keutamaan untuk pencari rumah Malaysia pada 2020

Kuala Lumpur, 25 Ogos – Menurut Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia H2 2020 , lebih banyak pencari rumah Malaysia mencari ruang untuk berkembang ketika menilai hartanah, dengan harga dan reputasi pemaju juga menjadi pertimbangan utama pembelian rumah.

Ketumpatan projek yang rendah (61%), susun atur rumah yang luas dan lebih banyak lif di semua tingkat (40%) adalah antara ciri-ciri projek yang paling sering disebut oleh responden kajian sebagai ciri-ciri perumahan yang amat diingini. Walaupun begitu, 42% responden juga menyatakan bahawa kini mereka lebih peka terhadap harga rumah berikutan COVID-19, kerana rakyat Malaysia merancang perbelanjaan secara teliti menjelang kemelesetan yang diunjurkan.

Berkenaan dengan aspek pemilihan pemaju, rakyat Malaysia lebih cenderung untuk mementingkan reputasi (83%), portfolio projek masa lalu (77%) dan rekod prestasi tahun-tahun kebelakangan ini (77%) daripada mementingkan faktor seperti status penyenaraian awam syarikat. Selurus dengan pihak berkepentingan hartanah berusaha untuk menstabilkan urusan hartanah masing-masing selepas COVID-19, penemuan ini menekankan betapa perlunya syarikat-syarikat hartanah tempatan menumpukan perhatian mereka dalam penawaran produk dan perkhidmatan berdasarkan nilai yang dapat menangani jurang pasaran semasa demi untuk terus kekal relevan.

Perubahan pilihan pengguna dalam norma baru

“Penekanan kini pada ruang dan harga antara golongan pembeli rumah adalah disebabkan oleh pergerakan terhad dan kehilangan pendapatan selama beberapa bulan di tengah wabak COVID-19. Dari segi pemaju, kedua-dua faktor ini biasanya saling eksklusif, kerana rakaman persegi adalah komponen asas kos,” kata Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia.

“Sungguhpun, kaijian kami telah mendapati bahawa cita rasa pencari rumah Malaysia telah berubah mengikut ciri-ciri yang ingin dibeli, yang kami nantikan untuk berkongsi dengan kalian pada masa depan. Selapas ini, para pemaju yang dipengaruhi secara teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) harus memastikan produk mereka mengambil kira permintaan pasaran, demi untuk mengekalkan jumlah penjualan yang sihat dan meredakan overhang rumah kediaman.”

Selain pertimbangan ruang dan pemaju, para responden juga memilih pengudaraan dan pencahayaan semula jadi (63%), infrastruktur internet berkelajuan tinggi dan pemasangan Internet of Things (IoT) (60%) serta sistem penyejukan dan penjimatan tenaga pintar (53%) sebagai kemudahan yang lebih penting kepada mereka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan.

Kemudahan kecergasan dan perniagaan bersepadu merupakan ciri-ciri projek yang paling tidak diingini (37%). Ini dapat dikaitkan dengan fakta bahawa banyak kemudahan sebegini tidak dapat diakses selama tempoh PKP. Dari segi lokasi, kesan penularan wabak COVID-19 secara tempatan pada corak pencarian hartanah adalah kecil, dengan hanya 20% responden yang menyatakan bahawa mereka akan mengelakkan zon merah atau unit-unit hartanah yang diletakkan di bawah langkah-langkah PKP yang diperketatkan.

Ciri-ciri pemaju yang dicari oleh pencari rumah

Fernandez berkata: “Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah menjadi kurang peka jenama dalam perjalanan pembelian hartanah mereka. Kini, mereka lebih sudi mempertimbangkan unit hartanah daripada pemaju-pemaju lain, selagi pemaju berkenaan dapat membekalkan ciri-ciri yang mereka mahukan pada harga yang mereka ingini.”

Dengan memanfaatkan jangkauan PropertyGuru sebagai laman web hartanah terbesar di Malaysia, kajian ini mendapati bahawa reputasi pemaju, portfolio dan rekod prestasi lebih penting daripada status penyenaraian awam syarikat kepada pencari rumah, dengan hanya 31% responden masih mengutamakan syarikat tersenarai awam ketika mencari unit hartanah. Pencari rumah yang lebih muda dan golongan yang tinggal bersama ibu bapa adalah pengecualian dapatan kajian ini, jadi demografi ini masih mengutamakan syarikat-syarikat tersenarai awam.

Kepentingan reputasi pemaju kepada pencari rumah adalah sebab PropertyGuru memperkenalkan inisiatif seperti Asia Property Awards yang terkemuka di industri, yang menerapkan satu set kriteria yang ketat dalam mengiktirafkan pemaju hartanah domestik dan pencapaian mereka. Pemenang dan penerima anugerah-anugerah tahun ini akan diumumkan secara online pada Jumaat, 28 Ogos 2020.

Faktor-faktor lain yang dipertimbangkan oleh pencari rumah dalam menilai pemaju, menurut Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia, termasuklah insentif kewangan, potongan harga dan pulangan tunai yang ditawarkan (68%), kualiti kelengkapan dalaman yang disediakan (66%) dan kestabilan kewangan pemaju (58%).

”Ini menyoroti keperluan pemaju untuk mengubah pendekatan mereka, dan terutamanya relevan dalam masa ini ketika cadangan untuk cukai pengosongan dan kawalan sewa dan harga baru sahaja dikemukakan, serta kesan PKP terhadap jumlah penjualan dan aliran tunai. Anda mesti membina apa yang orang perlukan. Memadankan penawaran pasaran dengan permintaan bukan lagi satu pilihan, tetapi ia telah menjadi keperluan pemaju untuk kekal hidup,” kata Fernandez.

Penemuan ini muncul di tengah lonjakan minat terhadap pemilikan rumah di kalangan rakyat- rakyat Malaysia yang lebih muda dan golongan penyewa selepas PKP, dengan 34% pembeli rumah kali pertama mempertimbangkan pembelian hartanah pada H2 2020 dan 51% sedang merancang perjalanan pembelian hartanah mereka untuk H1 2021.