PROGRAM SINERGI PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR TAHUN 2022 TINGKAT KERJASAMA STRATEGIK PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR DAN AGENSI SWASTA

PROGRAM SINERGI PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR TAHUN 2022 TINGKAT KERJASAMA STRATEGIK PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR DAN AGENSI SWASTA

Melalui Program Sinergi Pendidikan 2022, Yayasan Selangor telah memperluaskan kerjasama strategik pendidikan dengan pelbagai agensi swasta bagi memperkasakan lagi perkhidmatan pendidikan yang diberikan oleh Yayasan Selangor kepada rakyat Selangor, khususnya warga sekolah.

Program yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor telah diadakan pada 5 September 2022 di Ruang Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, di mana Yayasan Selangor telah menjalin kerjasama pendidikan dengan syarikat Binapavo@kCOMMERCE (M) SDN.BHD, syarikat Tymba Education serta badan persijilan akauntan profesional iaitu Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum itu telah hadir dan mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Selangor Tahun 2022 yang turut dihadiri semua ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Anggota Yayasan Selangor. Mesyuarat Agung Tahunan ini dilaksanakan sebagai memenuhi keperluan Akta Syarikat dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Mesyuarat telah memperakukan penerimaan Penyata Kewangan, Laporan dan Penyata Pengarah serta Laporan Juruaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 Yayasan Selangor.

Kerjasama strategik Yayasan Selangor bersama Tymba Education adalah bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor seawal peringkat sekolah menengah dalam bidang perakaunan profesional sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Persijilan akauntan profesional bagi pelajar di peringkat sekolah menengah adalah melalui persijilan oleh Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), manakalah peringkat yang lebih tinggi bagi pelajar lepasan SPM adalah melalui persijilan oleh Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Tymba Education merupakan syarikat penyedia latihan perakaunan profesional bagi kedua-dua persijilan tersebut.

Bina Pavo pula bekerjasama sebagai konsultan latihan yang mempunyai kepakaran dalam bidang Emosi dan Komunikasi untuk melatih pelajar tajaan Yayasan Selangor khususnya di bawah Program Pembangunan Bakat (Sukan Kriket). Pakar yang berada di syarikat tersebut adalah satu-satunya di Malaysia yang mempunyai sijil dalam Certified Elephant Rider Practitioner dan satu-satunya juga di Wilayah Asia bagi pensijilan ECD Certified Consultant atau lebih dikenali dengan Pro Elephant Rider – Emotional Culture Deck by Riders & Elephant, New Zealand. Penggunaan kaedah Emotional Culture Deck ini juga telah digunapakai oleh pasukan kriket terkemuka dari New Zealand iaitu WELLINGTON CRICKET TEAM.

Di majlis yang sama juga, Tabung Pendidikan Yayasan Selangor menerima sumbangan daripada UOB Islamic Asset Management Sendirian Berhad (UOBIAM), yang telah menyumbangkan sejumlah RM200,000.00 melalui penyucian dana saham “United i-Global Balanced Fund”.

Yayasan Selangor, as a non-profit foundation, has been given income tax exemption approval under Section 44(6) of the Income Tax Act 1967, effective 1 May 1971, allowing donors to deduct financial donations from their income in the year of assessment. The Selangor Foundation gratefully accepts gifts to the Selangor Foundation Education Fund from concerned individuals and corporations.

Di samping itu, Yayasan Selangor juga meraikan 11 orang pelajar tajaan Yayasan Selangor yang telah mendapat keputusan Ijazah Kelas Pertama daripada Universiti masing-masing yang melayakkan mereka mendapat pengecualian bayaran balik 100% dan ditukar kepada biasiswa.

“PENDIDIKAN UNGGUL : MENGUPAYA INSAN, MEREALISASI WAWASAN”

“SELANGOR MAJU BERSAMA”