Presiden IKHLAS Bela Nasib Peniaga Yang Ditindas Hak Mereka

Presiden IKHLAS Bela Nasib Peniaga Yang Ditindas Hak Mereka

Menurut Gerakan Tanah Air (GTA), pelantikan politik bagi kerusi ahli majlis kerajaan tempatan (PBT) adalah punca diskriminasi dan penindasan keusahawanan.

Ridzuan mendakwa pelantikan politik dalam PBT mengakibatkan sikap pilih kasih dan pembahagian jawatan berdasarkan kroni menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi tempatan.

Datuk Mohd Ridzuan Abdullah, presiden IKHLAS, mengeluarkan tinjauan demografi terhadap responden dan syarikat bagi mendapatkan input daripada setiap penjaja, peniaga kecil, usahawan dan bakal usahawan.

Soal selidik ini dijalankan bagi merumuskan kaedah penawaran bantuan berkesan dan terbaik berdasarkan merit.

Dalam pada itu, terdapat 1.6 juta peniaga mikro dan kecil merangkumi semua kategori perniagaan diseluruh Malaysia. Penjaja dan peniaga kecil Melayu Islam sering ditindas, dianiayai dan diperbodohkan. Jom kita bangkit bersama untuk menyelamatkan periuk nasi kita dan Negara.