PIZZA HUT RAI SAMBUTAN HUJUNG TAHUN PENUH GAYA DENGAN BLACK VOLCANO PIZZA TERBAHARU

PIZZA HUT RAI SAMBUTAN HUJUNG TAHUN PENUH GAYA DENGAN BLACK VOLCANO PIZZA TERBAHARU

PIZZA HUT RAI SAMBUTAN HUJUNG TAHUN PENUH GAYA DENGAN BLACK VOLCANO PIZZA TERBAHARU

Dengan tumpuan bagi menyediakan kemudahan, keenakan dan pengalaman piza terbaik kepada rakyat Malaysia, Pizza Hut Malaysia hari ini memperkenalkan inovasi piza baharu yang bakal membawa keterujaan ke meja makan khusus untuk sambutan hujung tahun yang bakal tiba. Rantaian restoran piza terkemuka Malaysia ini terus berevolusi bagi membawakan pengalaman makan yang tersendiri dengan Black Volcano Pizza, sebuah ciptaan istimewa yang akan memberi kelainan dan keseronokan pada sambutan dan perjumpaan hujung tahun.

Piza Black Volcano boleh didapati untuk masa terhad sahaja, bermula hari ini hingga 31 Disember 2019 atau sementara stok masih ada, di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara.

Black Volcano Pizza merupakan piza yang pertama seumpamanya di Malaysia, didatangkan bersama kerak berwarna hitam diperbuat daripada doh yang di adun bersama arang. Ianya dibakar sempurna dan dipenuhi keju yang melimpah seperti ‘volcano’, bersama taburan ketulan ayam rangup. Ciptaan ini membawakan elemen dramatik bagi memberi kelainan pada sambutan akhir tahun, direka seakan-akan gunung berapi yang meletus. Pelanggan akan merasai keterujaan ketika menikmati 24 ketul kerak piza yang dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup.



“Hujung tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk berkumpul, mengadakan sambutan serta meluangkan masa bersama yang tersayang, setelah memberikan yang terbaik sepanjang tahun. Mengambil inspirasi daripada kehangatan gunung berapi, piza ini dicipta bagi melahirkan keterujaan di meja makan, seterusnya mengeratkan hubungan di samping menjamu selera dan menjadikan sambutan hujung tahun anda lebih ‘wooo!’.  Meletakkan pelanggan sebagai panduan di dalam setiap ciptaan dan inovasi kami, Black Volcano Pizza akan memberikan anda lebih sambutan hujung tahun anda lebih meriah dan diharap akan memberi anda lebih inspirasi untuk menikmati hidup dengan lebih bermakna,” kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

“Piza pertama yang menampilkan adunan doh bersama arang di negara ini adalah salah satu inovasi yang menjadikan Pizza Hut sebuah jenama yang tersendiri dan kekal di barisan hadapan, di dalam memenuhi selera dan kehendak semasa untuk memberi kepuasan kepada pelanggan kami,” katanya.

Raikan penghujung tahun anda dengan piza edisi terhad keluaran Pizza Hut terbaharu, Black Volcano Pizza dari RM44.50 à la carte untuk saiz biasa. Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantaran, bawa pulang atau makan di restoran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *