Namun pastinya, ramai yang mencari aplikasi yang boleh membantu pengguna jika berdepan masalah kerosakan kenderaan atau bateri di tengah jalan.
Berikut antara aplikasi yang menjadi cadangan e-Trend yang diyakini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan pilihan perkhidmatan.
Aplikasi pengesan polis itu dikatakan membolehkan pengguna berwaspada dengan beberapa lokasi yang sudah ditandakan sebagai kamera pengesan kelajuan.
Percaya atau tidak? Aplikasi yang dimuat turun lebih lima juta pengguna itu percuma dan memudahkan untuk mendapatkan maklumat awal sesuatu kemalangan.
Perkongsian maklumat dan lokasi yang dibuat pengguna aplikasi lain membolehkan anda merancang lebih awal perjalanan dan mengehadkan kelajuan ketika melalui kawasan tertentu.
Bahkan pengguna boleh mendapatkan bantuan daripada pengguna lain dalam aplikasi itu jika berdepan dengan masalah atau kemalangan.
Menarik bukan? Bukan sahaja memaparkan kesesakan lalu lintas, pengguna boleh berinteraksi dengan pengguna lain dengan mudah untuk berkongsi maklumat berkaitan rondaan atau sebagainya.
CarPut
Bantuan di tepi jalan! CarPut menawarkan cara yang selamat dan boleh dipercayai untuk mendapatkan akses kepada bantuan jalan raya yang betul apabila anda memerlukannya.
Aplikasi itu memberikan akses kepada pengguna untuk mengganti bateri dengan penghantaran dan pemasangan percuma.
Selain bateri, perkhidmatan penghantaran minyak, menarik kereta, jumpstart enjin dan pembaikan kecil di tepi jalan dilaksanakan dengan mudah dan cepat.
Caj anggaran yang dipaparkan sebelum sebarang pengesahan pesanan juga membolehkan pengguna diberi pilihan bagi menilai harga sebenar untuk kos pembaikan kereta.
Lebih menarik, aplikasi itu turut berkongsikan harga petrol mingguan bagi membolehkan pengguna mengemas kini maklumat.
GoCar Malaysia
Tidak perlu pening kepala jika tiada kenderaan untuk bergerak kerana semuanya hanya di hujung jari.
Salah satu aplikasi yang cukup sesuai untuk pengguna yang ingin berkongsi kereta ialah aplikasi GoCar Malaysia.
Aplikasi GoCar Malaysia menjadi platform perkongsian kereta yang mana orang ramai boleh menempah, membuka kunci dan mengakses kereta pada bila-bila masa daripada telefon pintar anda dengan mudah.
Dengan komuniti 35,000 ahli, GoCar kini sedang dalam perjalanan untuk mengubah cara kita berfikir mengenai pengangkutan untuk menjadikan Malaysia lebih hijau dan bijak.
Terkini, terdapat lebih dari 300 lokasi di tujuh negeri bagi membolehkan pengguna GoCar mendapatkan kereta jenis sedan, SUV kompak, MPV dan banyak lagi.
Semudah ABC, pengguna hanya perlu tempah, guna kunci melalui aplikasi dan pulang.
Hanya guna kunci melalui aplikasi dengan mengikut arahan tertera.
Malaysia Fuel Price (version 1.5.1)
Mungkin menjadi pilihan pengguna yang peka dengan kadar turun naik harga petrol semasa untuk RON95, RON97, DIESEL dan EURO5.
Pengguna yang mahu memuat turun aplikasi itu disarankan mempunyai perkhidmatan internet bagi mendapatkan maklumat terkini harga bahan api.
Harga akan dikemas kini setiap minggu pada setiap Jumaat (selepas 6 petang).
Pengguna juga dapat melihat harga sejarah untuk rujukan selain menerima pemberitahuan push dengan segera pada perubahan harga mingguan.
Bateriku.com
Bateri ‘kong’? Jangan risau kerana aplikasi Bateriku.com dikatakan mampu memberikan perkhidmatan pemeriksaan percuma jika berdepan masalah bateri kereta.
Aplikasi mudah alih Bateriku.com yang mendapat 4.9 bintang itu mendapat ramai pujian kerana memberikan perkhidmatan pantas dan mesra pengguna.
Dengan membuat pesanan bateri melalui aplikasi mudah alih Bateriku.com atau melalui talian hotline percuma 1800-22-2324, pemeriksa akan datang ke lokasi anda dengan kadar segera.
Hanya bayar kos bateri, kemudian berehat dan tunggu sehingga siap tanpa sebarang bayaran tambahan di kawasan liputan perkhidmatan Bateriku.com.
Waktu perkhidmatan bermula jam 7 pagi sehingga 1 pagi, kawasan liputan meliputi kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Seremban dan Perlis.