Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus mencetuskan perbualan hangat dengan konsep penyingkirannya yang tegas dan dramatik. Setelah dimulakan dengan Top 14, minggu kedua berakhir dengan suasana hiba apabila empat peserta berbakat, iaitu Trio XL, Dhania, Erfarina, dan Aniq Iffat, terpaksa meninggalkan pertandingan. Meskipun menerima komen positif daripada juri, saingan sengit daripada peserta lain menjadikan perjuangan mereka terhenti di sini.
Setiap peserta memberikan usaha terbaik dalam menyampaikan tugasan lagu mereka. Malam penuh emosi itu menyaksikan Marygrace mencuri perhatian dengan persembahannya yang mengasyikkan. Membawakan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, Marygrace berjaya mengatasi kesukaran memahami maksud lirik dan memberikan versi unik yang penuh emosi, mendapat pujian tinggi daripada juri serta menyentuh hati penonton.
Sementara itu, gelaran peserta paling ‘FIZZ’ minggu ini diberikan kepada Jimi selepas persembahan memukau lagu Di Penjara Janji. Dengan tenaga luar biasa, vokal yang mantap, dan keaslian pada nada rendah, Jimi membuktikan kehebatannya di pentas. Kemenangannya minggu ini juga menghadiahkan peluang istimewa berduet dengan Aina Abdul pada minggu hadapan, menjanjikan persembahan luar biasa yang dinantikan peminat.
Kini, cabaran diteruskan dengan 10 peserta yang tinggal: Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, Dayangku Iffah, Hafiz Zainal, dan Eylia Guntabid. Bertemakan Rasa Paling Indah, minggu hadapan bakal membawa penonton menyelami emosi dan kegembiraan dalam persaingan sengit. Sokongan penonton amat penting, dengan 40% undian terletak di tangan mereka, manakala selebihnya ditentukan oleh juri profesional.
Jangan lupa saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam HD melalui Tonton. Penonton bertuah juga berpeluang memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000!
Untuk lebih keterujaan, ikuti sorotan eksklusif perjalanan peserta dalam Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk bersama mencipta fenomena luar biasa ini!