Keengganan PERMINT membayar RM15 juta

Keengganan PERMINT membayar RM15 juta

Permint Minerals Sdn Bhd (PMSB) adalah syarikat milik kerajaan Negeri Terengganu yang mana 100% saham milik penuh PMINT (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu).

Golden Minerals Sdn Bhd (GMSB) adalah sebuah syarikat yang mana Pengarahnya adalah Dato’ Sri Rajagopal a/l Ramasamy dan Cik Nor Izura binti Mazlan.

Ketika era pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad bin Said, GMSB telah menawarkan kerjasama dencan PMSB dan PMSB telah bersetuju untuk melantik GMSB sebagai kontraktor ekslusif untuk melombong. Segala perbelanjaan dari peringkat permohonan sehingga ke peringkat kelulusan telah ditanggung oleh GMSB sepenuhnya

Pada 28.01.2009 PMSB telah menerima kelulusan permohonan pajakan melombong dari PTG dan GMSB telah menerima Sijil Kebenaran Melombong dari Jabatan Mineral dan GeosaÏns pada 23.08.2010.

Satu (1) perjanjian kontrak kerja yang disediakan oleh Peguam Hadi Zamani & Associates telah ditandatangani pada 04.06.2009.

En. Jasin bin Ismail iaitU Pengurus Pentadbiran dan Kewangan PMSB telah memaklumkan kepada GMSB bahawa Pengarah PMSB iaitU Dato’ Wan Ahamad bin Wan Muda telah menandatangani perjanjian kontrak kerja tersebut.

Namun kami tidak mendapat perjanjian kontrak kerja tersebut kerana Peguam Hadi Zamani & Associates telah diarahkan oleh Dato’ Wan Ahamad supaya tidak menyerahkan perjanjian kontrak kerja yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak kepada GMSB dan telah diarahkan untuk menyerahkan semula dokumen berkaitan kepada Dato’ Wan Ahamad.

Bermula 2009 sehingga 2011, GMSB telah berusaha mendapatkan semula perjanjian yang telah ditandatangani manakala PMSB telah menghantar beberapa surat kepada GMSB untuk tidak memulakan operasi.

Pada 2012 GMSB terpaksa memulakan kerja-kerja ‘preliminaries’ di tapak perlombongan tersebut walaupun dibantah oleh PMSB dan terpaksa diberhentikan setelah enam (6) bulan Sijil Kebenaran Melombong tamat temPOh.

Beberapa usaha dijalankan untuk menyelesaikan masalah tersebut termasuk bertemu dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Sri Ahmad bin Said di kediamannya pada 25.02.2013 namun telah gagal.

GMSB telah membuat laporan polis pada 04.03.2013 dan laporan kepada SPRM Negeri Terengganu telah dibuat pada 08.03.2013 yang tidak mendapat perhatian.

GMSB telah merujuk ke Mahkamah dan Penghakiman Secara Persetujuan diberikan pada 21.07.2013. Diantara perkara yang telah clipersetujui adalah PMSB hendaklah menandatangani semula perjanjian kontrak kerja dan menjalankan pelaksanaan spesifik keatas Perjanjian kontrak kerja serta PMSB bersetuju membayar kerugian keuntungan bagi 20 bulan yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah.

Semasa tempoh taksiran selama tiga (3 1/2 ) tahun, PMSB telah menukarkan Status syarikat kepada ‘dormant’ dan telah memindahkan saham 100% di Permint Granite Sdn Bhd kepada PMINT walaupun telah bersetuju memberi penghakiman secara persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk membayar kerugian keuntungan selama 20 bulan kepada GMB.

Usaha untuk bertemu Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abdul Rahman juga dilakukan dalam tempoh taksiran tersebut iaitu sekitar Mei 2014 sehingga Mac 2015 tetapi tiada penyelesaian oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Haji Samiun Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT.

Pada 14.02.2017 keputusan taksiran telah diberikan dan PMSB perlu membayar kerugian keuntungan berjumlah RM666,260.64 kepada GMSB.

GMSB telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan telah diputuskan kerugian keuntungan adalah RM15,342,212.55.

PMSB telah membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dan pada 14.03.2019, rayuan telah ditolak dan keputusan Mahkamah Rayuan dikekalkan.

Setelah mendapat keputusan Mahkamah Persekutuan, GMSB telah merujuk Ahli Lembaga Pengarah PMINT dibawah pemerintahan semasa oleh Kerajaan PAS dibawah Menteri Besar Prof Dr. Ahmad Samsuri namun ia tidak diendahkan.

Pada 22 April 2019 GMSB bertemu dencan Dato’ Azhar bin Abdul Hamid,Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dan Dato’ A Rahman bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu selaku Timbalan Pengerusi PMINT dan dimaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab keatas masalah PMSB dan PMSB juga tidak akan membayar kerugian keuntungan sebanyak RM15,342,212.55 seperti yang telah diperintahkan Mahkamah Rayuan Malaysia.

Pegawai-pegawai kerajaan Negeri Terengganu dibawah kerajaan Barisan Nasional dan KeraJaan PAS pimpinan Menteri Besar tidak menghormati keputusan Mahkamah dan telah memperalatkan Mahkamah serta menganiayai GMSB sebagai pelabur.

Pentadbir PMSB selaku pegawai-pegawai kerajaan telah menyeleweng dan menganiayai GMSB yang telah melabur sejumlah wang yang besar. Selaku pegawai kerajaan, mereka telah menyalahgunakan kuasa dan ia akan memberi kesan yang besar dan serius kepada pelabur-pelabur di masa akan datang di Terengganu.

GMSB telah memfailkan petisyen penggulungan pada 17.12.2018 dan tarikh pengurusan kes telah ditetapkan pada 30 Mei 2019.

TUJUAN GMSB MENGADAKAN MENGADAKAN SIDANG MEDIA ADALAH UNTUK:

  1. Memastikan PMSB membayar kepada GMSB seperti yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan Malaysia berjumlah RM15,34Z212.55.
  2. Memastikan kelulusan permohonan pernbaharuan pajakan melombong dijalankan mengikut Enakmen Mineral Terengganu 2002 yang mana permohonan telah dibuat pada 26.02.2014.
  3. Melaporkan penyalahgunaan kuasa secara berkomplot oleh Pegawai-pegawai Tertinggi Kerajaan Negeri Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besar yang lama iaitu Dato’ Sri Ahmad bin Said dan Dato Ahmad Razif serta Menteri Besar kini iaitu Prof Dr. Ahmad bin Mokhtar serta ahli lembaga pengarah PMINT berkaitan.
  4. GMSB memohon Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandang serius terhadap isu ini dan berharap agar pelabur akan datang tidak dianiayai oleh Kerajaan Negeri Terengganu seperti yang telah terjadi kepada GMSB.
  5. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati perintah Mahkamah. Bagaimana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Terengganu yang mentadbir negeri di Malaysia tidak menghormati Mahkamah? Apakah pandangan Negara luar terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri di Malaysia?
  6. Selepas sidang media ini selesai, GMSB akan ke lbu Pejabat SPRM Putrajaya pada esok (Khamis) untuk membuat laporan kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *