Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • PEMETERAIAN KERJASAMA DI ANTARA SUKE TV DAN MRANTI NEXUS BAGI TERUS MEMACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN.
  • ATTRACTION

PEMETERAIAN KERJASAMA DI ANTARA SUKE TV DAN MRANTI NEXUS BAGI TERUS MEMACU INDUSTRI PERNIAGAAN TEMPATAN.

Helmi Aziz March 10, 2022 (Last updated: March 10, 2022) 4 minutes read
MRANTI-RESIZE-1

Pada 8 Mac 2022 bertempat di Kuala Lumpur, di sebuah majlis telah termeterainya sebuah memorandum perjanjian kerjasama diantara SUKE TV dan MRANTI Nexus. Tujuannya adalah bagi terus memperluaskan lagi bidang perniagaan tempatan. Untuk makluman, MRANTI Nexus merupakan sebuah entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak dalam kumpulan syarikat Malaysian Reseach Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut ialah Pengasas dan Pengerusi SUKE TV Dato’ AC Mizal; Pengasas dan Pengarah SUKE TV, Datin Emylia Rosnaida; Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar, Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain, serta barisan pengurusan kedua-dua belah pihak.

Matlamat kerjasama dari kedua pihak ini adalah bagi memberikan sokongan kepada usahawan tempatan serta bagi mempercepatkan kemasukan inovasi mereka ke pasaran.

SUKE TV telah mengambil inisiatif untuk mencipta sebuah platform untuk peniaga tempatan supaya mereka dapat meneroka inovasi dan memperkasakan ekonomi juga sebagai tanda sokongan SUKE TV terhadap kualiti produk buatan Malaysia dan kompetensi usahawan tempatan.

Keunikan idea SUKE TV telah membuka peluang kepada pengguna untuk membeli-belah melalui saluran hiburan televisyen. Perkara ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan penglibatan penonton, jualan dan pemasaran produk-produk buatan Malaysia. Hasil daripada idea dan inovasi ini, SUKE TV juga dapat mempamerkan kepelbagaian kepada pelanggan tentang jenama tempatan dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

Pengasas dan Pengerusi SUKE TV meluahkan perasaan beliau terhadap kerjasama diantara SUKE TV dan MRANTI Nexus. Menurut beliau, ini adalah sebagai satu permulaan bagi perkembangan ekonomi yang dapat dilihat dari semasa ke semasa, lebih-lebih lagi untuk perniagaan tempatan.

Menurut beliau, “Dengan kehadiran MRANTI Nexus, tiada halangan untuk merealisasikan pencapaian visi kami untuk terus mengukuhkan idea usahawan tempatan, bukan sahaja dalam Malaysia tetapi juga di mata dunia. MRANTI Nexus merupakan perintis industri yang memiliki kepakaran dan kemudahan, dan kami berasa amat bangga dengan kerjasama yang termeterai hari ini”.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh MRANTI Nexus adalah rangkaian lengkap perkhidmatan makmal, perekaan dan pembangunan produk, perkhidmatan kawal selia dan pendaftaran produk, pembungkusan produk, peralatan pengeluaran gred tinggi serta perkhidmatan OEM produk teknologi bio dan herba.

Ketua MRANTI Nexus, Muhamad Husni Md Zain menzahirkan kepercayaan beliau dalam penambahbaikan sektor perniagaan tempatan dengan kerjasama yang termeterai bersama SUKE TV, iaitu sebuah badan yang inovatif.

Tambahan beliau, MRANTI berpandukan kepada pertukaran “Idea ke Impak” melalui penyediaan sokongan dan kerjasama erat dalam membantu penyelidik dan usahawan membangunkan produk dan solusi mereka lebih segera ke pasaran, serta menjadikan ianya lebih tersedia, mampu milik dan senang diakses pelanggan. MRANTI Nexus percaya bahawa akan lebih ramai innovator dan usahawan tempatan yang akan mendapat manfaat daripada platfrom SUKE TV dan menjangkau pasaran yang lebih luas.

Pelancaran SUKE TV akan dilancarkan secara rasmi pada tahun ini, Dato’ AC Mizal telah dianugerahkan penamaan pertama beliau sebagai salah seorang dari 100 Top Young CEO 2021 Lifetime Achievement Icon dalam industri hiburan dan perniagaan.

Memorandum perjanjian di antara SUKE TV dan MRANTI Nexus

SUKE TV

Sebuah rangkaian siaran buatan tempatan yang dilancarkan oleh Dato’ AC Mizal. Rangkaian siaran ini adalah bagi memberikan harapan kepada rakyat, isi rumah dan perniagaan menerusi hiburan dan kompensasi bertaraf dunia. Matlamat SUKE TV adalah untuk membangunkan dan menyampaikan kandungan yang asli dari semua genre di kaca televisyen dan media sosial di mana-mana sahaja. Dengan hasrat untuk menjalinkan lebih 30 juta rakyat Malaysia, antara caranya adalah dengan memberikan pengalaman pembelian inovatif, drama yang menyentuh perasaan, komedi yang mencuit hati sehinggalah aksi sukan yang mendebarkan.

Sila layari https://www.suketv.com/ untuk maklumat lanjut.

MRANTI Nexus

MRANTI Nexus merupakan entiti bersepadu dalam kumpulan syarikat Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI). Merupakan entiti penyelidikan dan pembuatan kontrak yang menawarkan sokongan teknologi, kemudahan dan perkhidmatan dalam pembangunan produk dan bio-pemprosesan produk suplemen kesihatan yang inovatif. Turut ditawarkan formulasi dan analisis makmal, pendaftaran produk, serta program latihan dan perundingan dalam bioteknolgi. Di samping itu, MRANTI Nexus juga menyediakan perkhidmatan pengurusan projek yang komprehensif, serta menjadi saluran yang menghubungkan pasaran domestik dan antarabangsa untuk perniaga, syarikat pemula dan ekosistem inovasi.

Sila layari https://tpm.com.my/tpm-biotech/ untuk maklumat lanjut.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tawaran Promosi Istimewa Sempena Ramadhan 2022
Next: Malaysia-Jepun kerjasama bantu PKS dalam pembuatan pintar

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.