‘PEJAM’ BERKUMANDANGAN DALAM DRAMA MELUR UNTUK FIRDAUS 2

‘PEJAM’ BERKUMANDANGAN DALAM DRAMA MELUR UNTUK FIRDAUS 2

Melur Untuk Firdaus 2, sebuah drama bersiri telah ditayangkan sejak 16 Mac lalu di saluran Akasia TV3. Muzik drama (musim pertama) itu dipilih untuk menampilkan lagu “Pejam,” iaitu single Rahmad Mega yang pernah menjadi kegilaan di negara lain. Lagu terbaru Rahmad menyusuli kemenangannya sebagai Juara dalam siri realiti Terpaling Juara (TV3).

Single ‘Pejam’ ini merupakan hasil nukilan daripada komposer dan penulis lirik berpengalaman iaitu Omar K dan Ikhwan Fathana. Lirik lagu ‘Pejam’ ini dilihat bersesuaian dengan jalan cerita drama bersiri 35 episod ini. Apatah lagi suara Rahmad yang gemersik rock membuatkan lagu ini bertambah menarik serta sesuai untuk dijadikan lagu runut kepada drama ‘Melur Untuk Firdaus 2’ yang dilakonkan oleh Meerqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana dan Azim Yusof.

Rahmad telah mencipta nama sebagai penyanyi rock sejak tahun 1980-an. Beliau terkenal dengan lagu Bayangan Gurauan dan pernah menjadi Juara dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1991 bersama kumpulannya iaitu kumpulan Mega. Kini, beliau cuba untuk memberikan kelainan dengan membawakan lagu bergenre pop.

Menurut Rahmad, “Lagu Pejam merupakan genre yang di luar zon selesa saya kerana saya lebih terkenal dengan pembawaan lagu bergenre rock, pop rock, dan juga slow rock. Namun, kali ini saya ingin mencuba sedikit kelainan untuk lagu Pejam yang merupakan gubahan bergenre pop. Lagu ini menyentuh jiwa saya kerana ia mempunyai lirik sentimental dan membawa maksud yang amat mendalam. Saya juga sangat bertuah kerana terpilih untuk menyanyikan lagu runut bagi drama bersiri Melur Untuk Firdaus 2. Harapan saya agar penonton, pendengar dan peminat saya dapat menerima perubahan genre terbaharu daripada saya. Terima kasih saya ucapkan di atas sokongan anda semua dari dahulu sehinggalah kini. Sokongan anda semua sudah tentu memberikan saya semangat untuk terus berkarya dalam industri seni muzik tanah air.”

Untuk mendengar lagu ‘Pejam’ ini sila layari saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents Pejam OST Melur Untuk Firdaus 2 (Rahmad Mega) dan semua platform digital bermula 22 Mac 2023.

Turut disertakan adalah lirik lagu Pejam.

Komposer: Omar K (World Peace Entertainment) & Ikhwan Fatanna

Lirik: Omar K (World Peace Entertainment) , Ikhwan Fatanna

Penerbit: Omar K & Iqie Hugh

Arrangement & Keyboard: Omar K

Electric Guitar: John Jeeves

Mixing & Mastering: Audi Mok

Rahmad Mega – Pejam

Verse 1:

Sekian lama aku

Hidup sendirian

Menanti senyumanmu

Hilangnya berlalu

Ku lukakan dirimu

Berkali-kali

Namun ku takkan lagi

Buat kau menangis

Pre Chorus:

Dan jika ku lihat

Berlinang air mata

Biarkan kerana bahgia

Chorus:

Hanyalah cintamu

Yang perlu ku rasa 

Hanyalah nadi mu 

Yang mahu ku dengar

Andainya kau di sini

Walau dalam mimpi

Pejamkan mataku

Selamanya

Selamanya…

Verse 2:

Tanpamu ku tak mampu

Menuju kasihmu

Arah ku takkan lurus

Kerna kau jalanku

Bridge:

Seharum memori yang takkan pernah terganti

Hanyalah ilusi 

Cinta yang terbukti yang terakhir ku milikiRinduku ini tak akan mati