Blog

  • Dagangan Bursa Malaysia rendah sesi urus niaga tengah hari

    Dagangan Bursa Malaysia rendah sesi urus niaga tengah hari

    DAGANGAN Bursa Malaysia kekal rendah pada sesi dagangan tengah hari ini berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung bagi kebanyakan kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh kaunter teknologi dan penjagaan kesihatan, kata penganalisis.

    Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.17 peratus atau 2.52 mata kepada 1,435.60 daripada 1,438.12 pada penutupan urus niaga Isnin.

    Indeks penanda aras utama itu dibuka pada 1,438.98 pagi ini, naik 0.86 mata dan berlegar antara 1,431.35 dan 1,439.61 di sepanjang sesi dagangan pagi.

    Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan negatif, menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 490 berbalas 262 manakala 343 kaunter tidak berubah, 1,247 tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

    Jumlah dagangan adalah sebanyak 1.16 bilion unit bernilai RM611.30 juta.

    Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikan berkata pihaknya agak berhati-hati mengenai prospek pasaran memandangkan aktiviti jualan asing terus berkurangan.

    Jualan bersih selama lima hari berjumlah RM76.9 juta minggu lepas berbanding RM365.6 juta pada minggu sebelumnya.

    “Bagaimanapun, hala tuju pasaran masih tidak jelas kerana prestasi semalaman Wall Street susut sedikit.


    “Kami berpendapat sektor tenaga mungkin mampu menarik pelabur, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah serta potensi sekatan baharu terhadap eksport minyak Rusia,” katanya.

    Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa – Hong Leong Financial turun 16 sen kepada RM18.36 manakala Top Glove dan Petronas Chemicals masing-masing kerugian dua sen kepada RM1.02 dan RM9.18.

    Maybank, Public Bank dan IHH juga turun satu sen setiap satu kepada RM8.57, RM4.43 dan RM6.47.

    Bagi saham aktif, Sapura Energy menambah satu sen menjadi 5.5 sen, Green Packet turun setengah sen kepada enam sen, Yong Tai meningkat setengah sen kepada sembilan sen dan Reach Energy susut dua sen menjadi enam sen.

    Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 40.39 mata kepada 10,415.15, FBM 70 lemah 65.91 mata menjadi 12,458.64, Indeks FBM Emas lega 28.27 mata kepada 10,258.05, FBM ACE pula lemah 68.10 mata kepada 4,763.55 dan Indeks FBMT 100 jatuh 25.95 mata kepada 9,995.08.

    Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 35.03 mata kepada 15,980.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.38 mata menjadi 182.50, manakala Indeks Perladangan meningkat 11.34 mata kepada 6,934.20. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Ringgit meningkat pada awal dagangan

    Ringgit meningkat pada awal dagangan

    RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa apabila minat risiko terhadap mata wang tempatan meningkat didorong semakan positif terhadap unjuran penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia oleh S&P Global Ratings.

    Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.3960/4000 berbanding dolar AS daripada 4.4030/4060 pada 6 petang Isnin.

    “Peningkatan ini (semakan positif) pastinya mengukuhkan sentimen dan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia,” kata penganalisis kepada Bernama.

    Dalam laporan terbaru mengenai Malaysia, S&P mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 6.1 peratus pada tahun ini dan 5.0 peratus pada 2023 disokong oleh eksport yang kukuh, harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi.

    Agensi penarafan itu turut mengesahkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing jangka panjang Malaysia pada ‘A-‘ dan ‘A-2’ bagi jangka pendek serta penarafan mata wang tempatan jangka panjang Malaysia pada ‘A’ dan jangka pendek pada ‘A-1’.

    “Prospek stabil itu mencerminkan jangkaan kami bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang.

    “Pada masa sama, kami menjangkakan persekitaran penggubalan dasar akan menyokong dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh,” menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan.

    Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan berkata, S&P Global Ratings menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ kerana agensi itu percaya negara berada pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh.


    Beliau berkata, unjuran KDNK sebanyak 6.1 peratus oleh S&P juga sejajar dengan jangkaan kerajaan untuk pertumbuhan lebih tinggi pada suku tahun berikutnya dan seiring dengan anggaran rasmi Bank Negara Malaysia yang lebih tinggi iaitu 5.3 hingga 6.3 peratus.

    Dalam nota penyelidikan pada Selasa, MIDF Investment menjelaskan unjuran 2022 dan pandangan optimis S&P adalah selari dengan unjuran pihaknya.

    Bank pelaburan itu menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia mencapai purata 6.0 peratus didorong oleh sektor luar yang kukuh, harga komoditi yang tinggi dan permintaan domestik yang teguh.

    “Walaupun terdapat risiko kenaikan inflasi makanan namun tekanan harga keseluruhan akan kekal stabil susulan harga bahan api runcit semasa kekal tidak berubah bagi RON95 dan diesel.

    “Selagi purata inflasi keseluruhan tidak melebihi 3.0 peratus tahun ke tahun, kami percaya perbelanjaan domestik akan kekal pada trajektori meningkat untuk tahun ini dan 2023,” jelasnya.

    Sementara itu, ringgit diniagakan kukuh berbanding dengan beberapa mata wang utama.

    Unit tempatan meningkat berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1726/1760 daripada 3.1779/1805 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding denga yen Jepun kepada 3.2450/2482 daripada 3.2564/2589.

    Ringgit juga mengukuh berbanding dengan pound British kepada 5.3952/4001 daripada 5.4064/4101 semalam dan naik berbanding dengan euro kepada 4.6501/6543 daripada 4.6535/6567 semalam. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Penarafan lebih baik bukti keyakinan S&P terhadap usaha Malaysia

    Penarafan lebih baik bukti keyakinan S&P terhadap usaha Malaysia

    SEMAKAN semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ oleh S&P Global Ratings membuktikan keyakinannya terhadap usaha-usaha konsolidasi fiskal dan memperkasa pertumbuhan ekonomi negara.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran, Malaysia masih mampu mengekalkan kadar pertumbuhan yang menggalakkan.

    ”Ini dialu-alukan dan merupakan satu pengiktirafan kepada ketepatan dasar-dasar kita yang telah dilaksanakan di tengah-tengah pelbagai cabaran dalam keadaan geopolitik yang tidak menentu, ketidakpastian ekonomi dunia serta tekanan inflasi di banyak negara.

    ”Di masa hadapan, sudah pasti kita akan menghadapi keadaan yang terus mencabar tetapi dengan kemampuan yang ada, kita yakin kita akan dapat menguruskan negara sebaik mungkin untuk memastikan nasib rakyat Malaysia terbela,” kata Mustapa selepas merasmikan Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDETS) di sini hari ini.

    Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, S&P menyemak semula prospek penarafan Malaysia berikutan ia percaya negara berada pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara lain pada tahap pendapatan yang sama.

    S&P mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang 6.1 peratus pada tahun ini dan 5.0 peratus pada 2023 disokong oleh eksport yang kukuh, harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi.

    Selain itu, S&P turut menyatakan pihaknya mungkin menaikkan penarafan ke atas Malaysia jika hasil fiskal mengatasi unjurannya. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Bursa Malaysia alami penurunan selepas dibuka tinggi

    Bursa Malaysia alami penurunan selepas dibuka tinggi

    BURSA Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, namun mengalami penurunan selepas beberapa minit berikutan ia menjejaki sesi dagangan yang tidak menentu di Wall Street, kata penganalisis.

    Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.39 mata kepada 1,437.73.

    Indeks penanda aras pasaran itu dibuka 0.86 mata lebih tinggi kepada 1,438.98 daripada 1,438.12 ketika ditutup pada Isnin.

    Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 126 berbanding 117, manakala 181 kaunter tidak berubah, 1,918 kaunter tidak diniagakan dan 79 yang lain digantung.

    Jumlah dagangan 150.56 juta unit bernilai RM46.50 juta.

    Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup rendah semalam, dipengaruhi oleh penurunan yang dialami saham teknologi apabila indeks utama gagal mengekalkan momentum mereka daripada peningkatan kukuh berterusan yang dicatatkan minggu lepas.

    Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) susut 0.2 peratus, Indeks S&P 500 kurang 0.3 peratus dan Komposit Nasdaq merosot 0.72 peratus.

    Firma pembrokeran dalam talian itu bagaimana optimis namun berhati-hati terhadap prestasi saham tempatan dalam jangka terdekat memandangkan sentimen serantau yang bertambah baik manakala penilaian indeks penanda aras kekal menarik berbanding dengan indeks serantau.


    “Bagaimanapun, pelabur akan kekal berwaspada ekoran turun naik yang dialami di peringkat serantau dan global kekal ketara.

    “Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam julat 1,430 hingga 1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama.

    Antara saham wajaran tinggi, Axiata Group naik tiga sen kepada RM2.77, Maybank dan Dialog Group masing-masing menokok dua sen kepada RM8.60 dan RM2.15, manakala CIMB dan Press Metal Aluminium masing-masing menambah satu sen kepada RM4.93 dan RM4.70.

    Public Bank susut satu sen kepada RM4.43, manakala Petronas Chemicals dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM9.20 dan RM6.48.

    Bagi saham aktif, Green Packet dan Dagang Nexchange masing-masing turun setengah sen kepada enam sen dan 79 sen, Sapura Energy meningkat satu sen kepada 5.5 sen, manakala KNM dan Yew Lee masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 25 sen.

    Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah kurang 12.87 mata kepada 10,442.67; FBM 70 turun 19.38 mata kepada 12,505.17; Indeks FBM Emas susut 5.33 mata kepada 10,280.99; FBM ACE menguncup 24.24 mata kepada 4,807.41 dan Indeks FBMT 100 turun 5.78 mata kepada 10,015.25.

    Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 0.54 mata kepada 16,014.59; Indeks Perladangan turun 0.40 mata kepada 6,922.46 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tidak berubah pada 182.88. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • The 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award

    The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award was founded by our President Professor Dato Sri Dr Chan Fa Deng, this award is one of the Malaysia Most Glamorous and Prestigious Award of the World.

    The purpose of the World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award are the award’s vision and mission is to recognise and honour exceptional entreprenerus, well-known brands, and remarkable individuals in Malaysia, Asia, and the world in accordance with international standards.

    The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award is organized by The World Noble Organization (WNO), International Business Entrepreneur Association (IBEA) and Malaysia China Culture Trade and Commercial Association (MCCTCA). The mission is to unite and get together which for a collection of world notable business leaders, enterprises, culture, commerce to create personal and corporate brands for future collaboration.

    The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards is supported by Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs, National Film Development Corporation Malaysia (FINAS) and China Group of Medias.

    The awards ceremony will be officially open by government officials, eminent business entrepreneurs, leaders, celebrities, and high society figures from all over the world. There are hundreds of luxuries sport cars are on display at the hotel’s entrance for visitors to photograph during the awards night.

    World Noble Organisation (WNO) have 35 corporate, a total of 15,000 famous brands, and more than 1,500 world entrepreneurs, merchants, leaders, masters, and professionals members.

    ‘WNO’ creates a shared resource and company membership. ‘Privilege Card’ for existing company members in various industries will be set up. The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award will be on 16th July 2022 at Sunway Resort Hotel.

  • WDETS bermula esok, Mustapa sampaikan ucapan perasmian

    WDETS bermula esok, Mustapa sampaikan ucapan perasmian

    MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka menyampaikan ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDETS) di Kuala Lumpur pada Selasa.

    Acara selama dua hari itu akan menghimpunkan pihak berkepentingan utama dalam ekonomi digital untuk membincangkan mengenai trend utama, cabaran strategik, isu-isu utama dan risiko yang memberi impak kepada masa depan digital.

    Menurut Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik (KSI) dalam kenyataan pada Isnin, Pengerusi Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) Hong Kong, Andrew Weir akan turut menyampaikan ucapan dan Presiden Forum Keamanan Paris Pascal Lamy akan menyampaikan ucaptama khas mengenai “Digital: Globalisation or Deglobalisation”.

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin turut dijadual berucap pada majlis itu mengenai ‘Pendigitalan Industri Perladangan’.

    Bertemakan ‘Creating Opportunities, Endless Possibilities’, sidang kemuncak anjuran KSI itu akan mempunyai tiga landasan – Dasar, Perniagaan dan Transformasi serta Teknologi.

    “Ia adalah pertemuan minda daripada ahli teknologi, usahawan digital, eksekutif korporat, penyokong dasar, generasi warga digital, pakar kesihatan, pendidik dan masyarakat untuk mengambil kira ekonomi digital masa depan dan bersedia untuk masa depan,” menurut KSI.

    Lebih 300 peserta dijangka menghadiri acara itu dan kira-kira 500 wakil melalui penyertaan secara maya. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

    Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

    RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan harga minyak mentah yang terus menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

    Pada jam 6 petang, mata wang tempatan merosot berbanding dolar AS kepada 4.4030/4060 daripada 4.4010/4045 pada Jumaat.

    Penganalisis berkata, harga minyak telah menyusut pada Isnin berikutan pelabur berhati-hati ke atas eksport minyak dan gas Rusia yang mungkin berlaku susulan mesyuarat negara-negara Kumpulan Tujuh (G7).

    Setakat ini, penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$113.14 setong, dengan penyusutan 0.14 peratus.

    Beliau turut menjangkakan USD/MYR (gandingan dolar AS-ringgit) kekal tidak stabil kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemelesetan, menyebabkan peserta berpendirian defensif, seterusnya menjadikan permintaan lebih tinggi ke atas mata wang selamat.

    Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

    Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.4064/4101 berbanding 5.4128/4171 pada Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2564/2589 daripada 3.2590/2621 sebelum ini.

    Bagaimanapun, ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1779/1805 daripada 3.1710/1740 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6535/6567 daripada 4.6444/6481 pada Jumaat minggu lepas. – Bernama



    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • S&P unjur KDNK Malaysia berkembang 6.1 peratus pada 2022

    S&P unjur KDNK Malaysia berkembang 6.1 peratus pada 2022

    S&P Global Ratings menyemak semula prospek penarafan kredit berdaulat jangka panjang Malaysia kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ berikutan ia percaya negara berada pada landasan pemulihan ekonomi yang kukuh berbanding negara lain pada tahap pendapatan yang sama, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, merujuk kepada laporan terkini agensi penarafan global itu mengenai Malaysia.

    S&P turut mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang 6.1 peratus pada tahun ini dan 5.0 peratus pada 2023 disokong oleh eksport yang kukuh, harga komoditi dan permintaan domestik yang tinggi berikutan pembukaan semula ekonomi.

    Sebagai respons kepada unjuran KDNK sebanyak 6.1 peratus oleh S&P, Tengku Zafrul berkata, ia sejajar dengan jangkaan kerajaan untuk pertumbuhan lebih tinggi pada suku tahun berikutnya dan sejajar dengan anggaran rasmi Bank Negara Malaysia yang lebih tinggi iaitu 5.3 peratus-6.3 peratus.

    Pada masa sama, S&P turut mengekalkan penarafan kredit berdaulat mata wang asing ‘A-‘ jangka panjang dan ‘A-2’ jangka pendek serta penarafan mata wang tempatan ‘A’ jangka panjang dan ‘A-1’ jangka pendek Malaysia.

    “Prospek stabil itu mencerminkan jangkaan kami bahawa momentum pertumbuhan Malaysia yang stabil dan kedudukan luaran yang kukuh akan kekal dalam tempoh dua tahun akan datang.

    “Pada masa sama, kami menjangka persekitaran penggubalan dasar akan menyokong dalam memulihkan penetapan fiskal kepada kedudukan yang lebih kukuh,” menurut agensi penarafan itu dalam kenyataan.

    S&P menyatakan pihaknya mungkin menaikkan penarafan ke atas Malaysia jika hasil fiskal mengatasi unjurannya.

    “Ini akan dapat dilihat daripada stok hutang bersih yang merosot di bawah 60 peratus daripada KDNK atau pembayaran faedah kurang daripada 10 peratus daripada hasil kerajaan am,” katanya.


    Mengenai perkara ini, Tengku Zafrul berkata, kerajaan kekal komited sepenuhnya terhadap penyatuan fiskal dan memastikan kemampanan fiskal.

    Disokong oleh pelaksanaan Strategi Hasil Jangka Sederhana secara berperingkat, bertujuan untuk meningkatkan asas hasil negara, kerajaan akan meneruskan landasan penyatuannya secara berperingkat dan strategik berikutan pemulihan menjadi lebih kukuh.

    Ini akan mengimbangi keperluan fiskal jangka pendek dengan kemampanan fiskal dan ekonomi jangka panjang.

    Antara usaha utama ke arah ini ialah cadangan penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal pada akhir 2022.

    Bagaimanapun, S&P berkata, Malaysia dijangka menyaksikan penarafannya diturunkan jika pertumbuhan ekonomi mencatatkan kemerosotan yang berpanjangan yang mengurangkan trend pertumbuhan dalam KDNK sebenar per kapita kepada paras sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang setara.

    “Tekanan penarafan penurunan juga boleh meningkat jika kestabilan politik di Malaysia merosot dan penggubalan dasar menjadi kurang dapat dijangka dengan ketara,” menurut S&P. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber

  • WDETS bermula esok, Mustapa dijangka sampaikan ucapan perasmian

    WDETS bermula esok, Mustapa dijangka sampaikan ucapan perasmian

    MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka menyampaikan ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak Ekonomi Digital dan Teknologi Dunia (WDETS) di Kuala Lumpur pada Selasa.

    Acara selama dua hari itu akan menghimpunkan pihak berkepentingan utama dalam ekonomi digital untuk membincangkan mengenai trend utama, cabaran strategik, isu-isu utama dan risiko yang memberi impak kepada masa depan digital.

    Menurut Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik (KSI) dalam kenyataan pada Isnin, Pengerusi Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) Hong Kong, Andrew Weir akan turut menyampaikan ucapan dan Presiden Forum Keamanan Paris Pascal Lamy akan menyampaikan ucaptama khas mengenai “Digital: Globalisation or Deglobalisation”.

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin turut dijadual berucap pada majlis itu mengenai ‘Pendigitalan Industri Perladangan’.

    Bertemakan ‘Creating Opportunities, Endless Possibilities’, sidang kemuncak anjuran KSI itu akan mempunyai tiga landasan – Dasar, Perniagaan dan Transformasi serta Teknologi.

    “Ia adalah pertemuan minda daripada ahli teknologi, usahawan digital, eksekutif korporat, penyokong dasar, generasi warga digital, pakar kesihatan, pendidik dan masyarakat untuk mengambil kira ekonomi digital masa depan dan bersedia untuk masa depan,” menurut KSI.

    Lebih 300 peserta dijangka menghadiri acara itu dan kira-kira 500 wakil melalui penyertaan secara maya. – Bernama

    Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

    Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

    Sumber