‘Nas Si Goreng’: Filem Raya Saji Penuh Makna

Sempena ulang tahun ke-25, FGV Holdings Berhad (FGV) melalui jenama SAJI melancarkan kempen “SAJI Rayakan Rasa” bagi meraikan Ramadan dan Aidilfitri 2025. Kempen ini menekankan kelazatan hidangan serta emosi dan kenangan yang mencipta suasana perayaan.

Sebagai kemuncak, SAJI mempersembahkan filem pendek bertajuk “Nas Si Goreng” yang dilancarkan pada 21 Mac 2025 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Filem ini mengisahkan Anas, seorang pemuda yang berdepan kehilangan ibunya. Dalam usahanya mengatasi kesedihan, Anas menyedari kepentingan meneruskan warisan ibunya iaitu memasak dengan kasih sayang. Dibintangi oleh Fadhli Masoot, Nabila Huda, dan Liza Abdullah, filem ini menyentuh tema kasih sayang dan penyembuhan, seiring dengan semangat “SAJI Rayakan Rasa”.

SAJI turut menjalankan program CSR “SAJI Seikhlas Hati” dengan menyantuni 20 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al Haq Malaysia. Mereka menerima sumbangan Aidilfitri bernilai RM300 dan hamper produk SAJI & SERI PELANGI. Program ini juga merangkumi bantuan persekolahan, sumbangan kepada asnaf serta baik pulih rumah mangsa ribut.

Pengarah Besar FELDA, Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman, berada di kedudukan kelima dari kiri dalam barisan tetamu yang berdiri di atas pentas

Bagi memperkasakan kempen, SAJI berkolaborasi dengan Hotel Seri Pacific melalui siri video resipi Ramadan serta kerjasama eksklusif bersama Serai Group. Dua pemenang bertuah bakal menikmati jamuan rumah terbuka eksklusif di Restoran Serai bernilai RM4,000. Kempen “Setitis Minyak, Sejuta Senyuman” turut menampilkan SAJI di semua cawangan Serai.

Jenama SAJI, yang dilancarkan sejak tahun 2000, kekal sebagai pilihan minyak masak nombor satu di Malaysia. Selain minyak masak, rangkaian produk SAJI kini merangkumi krimer, santan, ketupat, kerisik, dan banyak lagi, dengan jaminan Halal serta kualiti terbaik. SAJI juga menembusi pasaran antarabangsa di 13 negara seperti Vietnam, Pakistan, Korea, dan Turki.

Kempen ini turut dimeriahkan dengan Peraduan “SAJI Rayakan Rasa” di mana pengguna berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM50,000. Hanya beli produk SAJI, SERI PELANGI, atau PREMEO bernilai RM25 ke atas dan hantar bukti pembelian melalui WhatsApp.

Dengan semangat “SAJI Rayakan Rasa”, jenama SAJI terus menjadi Teman Kulinari rakyat Malaysia, menyatukan rasa dalam setiap hidangan dan kenangan yang abadi.

Ikuti SAJI di @sajimalaysia – Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube untuk maklumat lanjut.