Naim Daniel “MENGHILANG” ! – I Can See Your Voice Malaysia (Musim ke-7)

 

ICSYVMY7 ini diketuai oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit. Program ini, yang mengadaptasi konsep dan format program asal dari Korea Selatan, kekal menjadi rancangan yang masih terus mendapat tempat di hati peminat dengan kombinasi hiburan dan lawak yang tidak kering gusi, drama dan teka-teki yang mencabar.Program ini ditayangkan di 

Episod lepas yang memaparkan tema khas, Seram sempena filem seram komedi terbaru arahan Dr Ahmad Idham ‘Saka Perawan’ tampak sangat riuh dan meriah. Namun, dalam keriuhan yang berlaku, episod tersebut telah menyaksikan Afieq Shazwan gagal memilih penyanyi sebenar akibat menerima pendapat yang kucar-kacir daripada panel penyiasat tetap dan penyiasat jemputan, Nadia Brian dan Afifah Nasir. 

 

 

Kali ini,di episod ketiga ICSYVMY 7 menampilkan pelakon dan penyanyi hebat tanah air, Amy Mastura sebagai artis jemputan.  Beliau akan mendapatkanpandangan daripada panel penyiasat bagi menyingkirkan penyamar bersuara sumbang. Dengan ketiadaan Naim Daniel yang merupakan satu-satunya penyanyi dalam panel penyiasat tetap.

 

 

 Namun episod terbaharu ini akan dikecohkan lagi dengan kehadiran bukan dua tapi tiga penyiasat jemputan! Penyiasat jemputan kali ini terdiri daripada penyanyi terkenal dan pelakon hebat tanah air iaitu Sufian Suhaimi, Azhan Rani dan Noorkhiriah bagi mengganti kehilangan Naim Daniel sebagai penyiasat tetap.. Kerenah mereka bersama penyiasat tetap pastinya akan meriahkan lagi suasana hujung minggu anda. Namun dengan ketiadaan Naim Daniel untuk membantu, adakah artis jemputan kali ini membuat pilihan yang tepat? Dengan ketiadaan Naim Daniel , adakah Naim Daniel tidak mahu lagi menggalas tanggungjawabnya?Mari saksi I Can See Your Voice Malaysia 7 di tv3 atau tonton secara live di TONTON