Saingan muzik yang dinanti-nantikan kini telah bermula! Muzik-Muzik 39, program variasi yang menghidangkan carta mingguan lagu-lagu popular di Malaysia, telah mengumumkan 30 lagu terbaik yang akan bersaing dalam pusingan separuh akhir. Saksikanlah persaingan mereka dalam usaha merebut tiket ke pentas anugerah muzik paling berprestij di negara ini, Anugerah Juara Lagu 39 (AJL 39)!
Lebih menarik, bagi tahun ini, Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir akan menyaksikan hanya 10 lagu terbaik terpilih untuk bertanding di pentas AJL 39. Dengan tempat yang terhad, pertandingan kali ini dijangka lebih sengit dan akan menjanjikan persembahan yang memukau serta mendebarkan di pentas akhir AJL 39. Apa kejutan yang akan dibawakan oleh 30 lagu ini? Dapatkah mereka memberikan yang terbaik untuk memikat hati para juri? Saksikan setiap detik berharga Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir yang pastinya akan menjadi lebih istimewa dan mengujakan!
Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir kali ini akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy. Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir yang akan berlangsung di Studio Glenmarie, Shah Alam, pada 14 dan 15 November 2024, bermula dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3, atau strim secara HD di www.tonton.com.my.
Kemeriahan acara ini akan berganda! Penonton tidak hanya akan terhibur dengan persembahan daripada 30 lagu terbaik yang bersaing, tetapi juga akan disajikan dengan penampilan istimewa daripada artis jemputan, Ayda Jebat! Dengan suara merdunya dan penampilannya yang memukau, Ayda akan menambah lagi keceriaan musim ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman luar biasa ini!
Sidang produksi Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir diketuai oleh Russell Mark Rodrigues selaku pengurus projek, Nurhul Huda Hj Khalid sebagai penerbit eksekutif, dan Mohd Jamira sebagai penerbit. Musim ini turut dirancakkan oleh OhBulan!, XTRA, dan Seismik sebagai rakan digital, sementara Hot FM berperanan sebagai rakan radio. Kerjasama ini pastinya akan menyemarakkan lagi kemeriahan acara!
Hanya 10 lagu teratas akan melangkah ke pentas AJL 39! Jangan lepaskan peluang untuk menonton Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir pada 14 dan 15 November 2024, dari pukul 9.00 malam hingga 11.30 malam di TV3! Anda juga boleh menstrim secara HD di www.tonton.com.my. Saksikanlah persaingan sengit lagu-lagu terbaik dalam usaha mereka melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 39!
Berikut ialah SENARAI PENUH 30 LAGU YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:
NO | LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
1. | SAH | SARAH SUHAIRI & ALFIE ZUMI | KID ARIBA | KID ARIBA |
2. | RITMA & RIMA | AKIM AHMAD & STACY | HANG NADIM & BUNGA CANTIK | BUNGA CANTIK |
3. | PANAS | NIKKI PALIKAT | SHAZEE ISHAK & AUDI MOK | SHAZEE ISHAK & AUDI MOK |
4. | MENGGENGGAM BAHAGIA | SUFIAN SUHAIMI | SIRKHAN, RINKARNAEN & SANG HITAM | SIRKHAN & SANG HITAM |
5. | DULU KINI DAN AKHIRNYA | MARSHA MILAN | HANIS RAFI, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K | HANIS RAFI, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K |
6. | BELAKANG TABIR | SYAMEL | SYAMEL | SYAMEL & JIWA |
7. | SAKSAMA | AKIM & THE MAJISTRET | AKIM & THE MAJISTRET | BUNGA CANTIK |
8. | DIAM | HAEL HUSAINI | HAEL HUSAINI & IQIE HUGH | HAEL HUSAINI & IQIE HUGH |
9. | SANGKAR DERITA | HAQIEM RUSLI | HAQIEM RUSLI | HAQIEM RUSLI & ACAP S |
10. | MASIHKAH ADA RASA ITU | MISHA OMAR | SHARON PAUL & MISHA OMAR | QUE AFIQ & SHARON PAUL |
11. | PUAS SUDAH | AINA ABDUL | AINA ABDUL | AINA ABDUL |
12. | YENNODE MACHA | ZUBIR KHAN | MUSIC KITCHEN | ZUBIR KHAN & FRIENDS |
13. | SINAR PELANGI | PROJECTOR BAND | JAWA SUKI | APIT PB, HAZIQ PB, WAN AKIRA PB & ZANAL PB |
14. | GELORA | USOP | ISMISHAM | ISMISHAM |
15. | HENING RINDU | MARSHA MILAN | IKHWAN FATNNA & WAN SALEH | IKHWAN FATANNA |
16. | MEMORI MUNGKIN BERULANG | TOMOK & SITI NORDIANA | TOMOK & SITI NORDIANA | TOMOK & SITI NORDIANA |
17. | AURA | ERNIE ZAKRI | ERNIE ZAKRI, JOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT | ERNIE ZAKRI, JOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT |
18. | PUJAANKU | MASDO FT AISYAH AZIZ | ALI SARIAH | HEIDIMORU & ALI SARIAH |
19. | RISIKO | BENZOOLOO, GHIDD ISOBAHTOS, MEERFLY, TUJU & MK K-CLIQUE | APIPAPOL | BENZOOLOO, GHIDD ISOBAHTOS, MEERFLY, TUJU & MK K-CLIQUE |
20. | I L U | AEPUL ROZA | AEPUL ROZA | AEPUL ROZA |
21. | O M K | EZRA KAIRO & ZUBIR KHAN | EZRA KAIRO, ZUBIR KHAN, MINGALING & LUCIDRARI | EZRA KAIRO & ZUBIR KHAN |
22. | TERUS BERSINAR | HAFIZ SUIP | MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO & DATUK ARISZ AB RAHMAN | MAS DEWANGGA & JOVA DEVITO |
23. | TANGIS | NABILA RAZALI | NAIM DANIEL | NAIM DANIEL |
24. | RETAK HATIKU | EIRA MILPAN | ZAI HAMZAH & OJA | ACHOI FLOOR88 |
25. | BUKAN LAGI KITA | NADEERA ZAINI | HAEL HUSAINI & IQIE HUGH | HAEL HUSAINI & IQIE HUGH |
26. | ANGAU | FAHIMI RAHMAT | FAHIMI RAHMAT | FAHIMI RAHMAT |
27. | OH HUMINODUN | ELICA PAUJIN | ELICA PAUJIN & BUTOD BASSMAN | ELICA PAUJIN & LENZELY SALIMIN |
28. | SENGAJA | AMIR MASDI | BUNGA CANTIK & HANG NADIM | BUNGA CANTIK & HANG NADIM |
29. | LEMAS | KHAI BAHAR | HYKAL KADIR | HYKAL KADIR |
30. | HELAH | PUTERI KHAREEZA | IQIE HUGH & SHAZRIQ AZEMAN | IQIE HUGH & SHAZRIQ AZEMAN |
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan perkembangan terkini mengenai program-program TV3, pastikan anda mengikuti laman media sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan Twitter di @TV3Malaysia, serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.