Mutiara Optimum Sdn.Bhd menganjurkan Konsert Lagenda Rock Vol.1 pada 16 Julai 2023

Mutiara Optimum Sdn.Bhd menganjurkan Konsert Lagenda Rock Vol.1 pada 16 Julai 2023

Sejak dulu hingga sekarang, walaupun banyak genre muzik berbeza mengikut trend, Genre Rock tidak akan pernah mati dalam era muzik.

Lantaran itu bukan hal yang berlebihan apabila rock dilabelkan sebagai lagenda.

Maka apabila pihak penganjur, Mutiara Optimum Sdn.Bhd menganjurkan Konsert Lagenda Rock Vol.1 ia adalah berita paling ‘legend’ yang dinantikan sekian lama oleh penggemar muzik rock.

Melihat barisan kugiran yang bakal ‘memecahkan’ panggung dan meledakkan hangatnya malam konsert juga sudah membuat penggemar tidah mahu terlepas menjadi salah seorang saksi mata yang akan menjadi sejarah dalam penganjuran konsert rock pada tahun ini.

Mari kita sambut dengan penuh semangat kepada barisan kugiran lagenda dari era 80an dan awal 90-an ini. XPDC, Rusty Blade, May, Babylon yang akan membuat adrenalin anda terus kencang lewat muzik rock dan metal dilantunkan di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada konsert yang akan berlangsung 16 Julai 2023 ini.

Empat kugiran lagenda di atas sebuah panggung akan menggemakan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 dengan persembahan hebat mereka lewat untaian lagu yang tidak asing jika anda adalah penggemar sejati mereka.

Konsert Lagenda Rock Vol. 1 kelak akan menjadi pentas pertama buat XPDC beraksi dalam skala besar selepas mantan vokalis mereka, Mael, meninggal dunia pada 27 April 2023 lalu.

Meski Allahyarham sudah lama tidak bersama XPDC dan perjuangan serta empayar kugiran tersebut dilanjutkan oleh Ali sebagai vokalis bersama anggota yang lain, namun repoiture lagu seperti Titian Perjalanan dan Aku Masih Di Sini, Apa Nak Dikata dan Semangat Yang Hilang pasti akan membangkit nostalgia buat vokalis hebat tersebut.

Sementara itu vokalis Rusty Blade, Yantzen, penganjuran Konsert Lagenda Rock Vol. 1 adalah tanda aras atau pembuktian kugiran rock atau metal tidak pernah ‘mati’ meski mengalami pertukaran ahli kumpulan serta tidak lama menerbitkan material baru.

Bersama XPDC dan Rusty Blade, May serta Babylon juga cukup teruja untuk beraksi khas buat peminat mereka.

Lagu-lagu yang sudah lama tidak didengar berkumandang di corong radio dan hanya menjadi peneman halwa telinga atau ditonton menerusi YouTube seperti Api Cinta, Metal Fire dan Haruman Berbisa dari Babylon dan Langsuir Liar juga Tiada Lagi Aku (Rusty Blade) akan didendangkan secara langsung di hadapan anda.

Jadi jangan sampai terlepas menjadi saksi Konsert Lagenda Rock Vol. 1 yang akan berlangsung pada 16 julai ini di Megastar Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur nanti!

Tiket berharga RM288 (standing & seating) dan pembelian Early Bird akan memperolehi diskaun sebanyak 15 peratus boleh dibeli menerusi www.MyTicket.asia.

Informasi

Artis: XPDC, Rusty Blade, May, Babylon

Acara: Konsert Lagenda Rock Vol. 1

Tarikh: 16 Julai 2023

Lokasi: MEGASTAR SG WANG PLAZA, KUALA LUMPUR

Harga tiket: RM288 (standing & seating)- Early Bird 15%

Pembelian Tiket: www.MyTicket.asia