MRC JAYAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFIRTRI, RIA ANAK-ANAK YATIM BERSAMA RAKAN-RAKAN INDUSTRI DAN MEDIA

Majlis Getah Malaysia (MRC) telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka buat pertama kalinya memandangkan sambutan aidilfitri tahun ini disambut dengan penuh keterujaan oleh umat islam di seluruh negara setelah dua tahun menyambutnya dalam kesederhanaan.

Matlamat asas acara ini, yang dbertemakan “JOM RAYA,” adalah untuk meningkatkan persaudaraan antara pihak berkepentingan MRC dan rakan industri getah, di samping menekankan tradisi sambutan Aidilfirtri agar semua kaum, agama dan budaya dapat berkongsi kegembiraan ini.

Nor Hizwan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MRC berkata “Majlis sambutan hari raya pada hari ini amatlah bermakna kepada kita semua kerana memahami dan bertolak ansur terutamanya sesama warga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), agensi dan majlis dibawah KPPK, serta wakil-wakil industry getah yang banyak membantu dalam menjana pendapatan ekonomi negara,”

Penghibur veteran daripada ensembel Nostalgia Klasik membuat persembahan di rumah terbuka MRC tahun ini, menyanyikan lagu-lagu terkenal Hari Raya Aidilfitri dari 1980-an. Sebagai tanda terima kasih atas kerjasama dan sokongan MRC dan industri getah negara setakat ini, rakan media turut dijemput.