ADUAN-ADUAN seperti di bawah (sama ada melalui mesej peribadi – PM saya, daripada kes-kes kendalian rakan-rakan ahli psikologi klinikal, ataupun yang saya baca daripada laporan kajian ilmiah) adalah antara sebab saya dan ahli-ahli psikologi lain kurang senang dengan ceramah, kursus atau buku motivasi oleh mereka yang jahil tentang psikologi saintifik.
Rasa bertanggungjawablah terhadap kesan-kesan psikologi buruk jangka panjang terhadap peserta.
Jangan ukur keberkesanan dengan rasa seronok atau jangka pendek sahaja. Carilah kerjaya lain. Rezeki ada di mana-mana.
Kepada sesetengah kaunselor sekolah pula, kisah-kisah seperti ini sepatutnya mengelakkan anda daripada terpaksa memberi ceramah motivasi.
Anda sekarang boleh fokus kepada kaunseling individu dan kaunseling kelompok yang memerlukan banyak masa/tenaga. Jangan lupa untuk merujuk ahli psikologi klinikal dan/ atau doktor psikiatri jika kes-kes di sekolah sudah di luar kepakaran seorang kaunselor.
Jauhi psikologi pop dan pseudopsikologi.
Di bawah ini adalah contoh kesannya kepada yang terdedah ketika dewasa.
Bayangkan kesannya terhadap kanak-kanak dan remaja di sekolah yang didedahkan dengan siri ceramah motivasi tidak saintifik sejak era 80-an dan 90-an dan awal milenium.
Untuk makluman pembaca, empat mitos yang dimaksudkan tentang ceramah, kursus atau buku motivasi itu ialah:
1. Sentiasa berprestasi tinggi adalah baik untuk prestasi dan kesejahteraan diri(?)
2. Membandingkan dengan prestasi orang lain adalah baik untuk prestasi dan kesejahteraan diri(?)
3. Meniru cara/operasi spesifik yang dilakukan oleh orang yang sudah berjaya adalah formula kejayaan(?)
4. Peningkatan prestasi berlaku bila fokus kepada matlamat yang mencabar(?).
FB Pseudopsikologi.
Sumber: FB Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist