Pada majlis Anugerah SAM Unity 100Plus 2020/2021, Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo dinobatkan sebagai Atlet Terbaik SAM. Jaguh berbasikal trek berusia 34 tahun itu menewaskan lima calon lain iaitu Lee Zii Jia (badminton), gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Datuk Pandelela Rinong Pamg (terjun) dan Rifdean Masdor (Muay Thai). Anugerah berkenaan merupakan yang keempat bagi jaguh keirin kelahiran Dungun, Terengganu itu selepas memenangi anugerah yang sama pada 2009, 2017 dan 2019. Selain pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Mohd Azizulhasni turut mencipta kejayaan meraih dua pingat gangsa pada Kejohonan Dunia di Berlin 2020, masing-masing dalam acara keirin dan pecut. Bagaimanapun, Mohd Azizulhasni tidak dapat hadir pada majlis berkenaan kerana masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung susulan disahkan mengalami masalah jantung dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne pada 21 April lepas. Sementara itu, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan memburu gelaran berganda apabila sekali lagi muncul Atlet para Terbaik pada majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka hari ini. Atlet powerlifting negara itu mencipta pelbagai kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2020 dan 2021 dengan mencipya sensasi tersendiri apabila menyumbang pingat emas pertama kontijen negara di temasya Sukan Paralimpik Tokyo dalam kategori 72 kilogram, dan turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227kg, dengan melakukan Angkatan 228kg dalam percubaan ketiganya. ‘Badang kerdil negara’ it uterus mengukir nama Malaysia di mata dunia dengan menampilkan prestasi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekali gus merangkul pingat emas acara berkenaan. Kejayaan Bonnie Bunyau melakukan Angkatan bebanan seberat 230 kilogram (kg) dalam kategori lelaki atas 72 kg itu telah memadamkan rekod dipegang atlet Iran Roohallah Rostami yang melakukan Angkatan seberat 229 kg di Sukan Para Asia Jakarta, Indonesia pada 2018. Kemunculan Bonnie Bunyau di pentas pertandingan tidak pernah mengecewakan apabila meraih pingat emas di Piala Dunia Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia. Kedua-dua mereka masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Datuk Seri Ti Lian Ker serta Pengarah Perhubungan Kerajaan Industri dan Hal Ehwal Halal F&N Holding Berhad, Datuk Raffiq MD Ariff. Selain Anugerah Atlet Terbaik, SAM juga tidak lupa menghargai jasa dan sumbangan tidak terhingga yang diberikan oleh dua tokoh hebat dalam bidang sukan menerusi Anugerah Khas kepada mendiang Datuk Sieh Kok Chi dan Allahyarham Datuk Zolkples Embong. Pemergian mendiang Datuk Sieh Kok Chi yang terkenal dengan julukan ‘Wikipedia’ sukan Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong pastinya meninggalkan ruang besar dalam arena sukan negara dan jasa dan sumbangan kedua-dua tokoh sukan negara ini tidak terhingga buat keluarga kewartawanan sukan. SENARAI PEMENANG 2020 LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK) Pemenang: Mohamad Zulfaizan bin Mansor Agensi: BERITA HARIAN Tajuk: POTONG GAJI LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK) Pemenang: 1. Al Shaiful Nazib bin Talib 2.Zamri bin Zainon Agensi: TV3 Tajuk: PSIKOLOGI SUKAN ULASAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK) Pemenang: 1.Mohd Fauzi bin Mohd Agensi: HARIAN METRO Tajuk: AMD SUDAH ADA PENAJA ULASAN SUKAN TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK) Pemenang: 1.Mohd Fauzi bin Mohd Marzauki 2.Abdul Halim bin Mohd Yusoff Agensi: RTM Tajuk: SEMANGAT KERAMAT SURESH LAPORAN KHAS SUKAN TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK) Pemenang: 1.Ahmed Shahrazad bin Abdullah Sani 2.Mohd Irsyahdi bin Tumian Agensi: ASTRO ARENA Tajuk: TIUPAN ANGIN AHMAR FOTOGRAFI SUKAN TERBAIK Pemenang: Ahmad Izzrafiq Bin Alias Agensi: THE STAR SENARAI PEMENANG 2021 LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK) Pemenang: Amiril Muttaqien Bin Meketar Agensi: BERNAMA Tajuk: SAYA HARAP EMAK LIHAT KEJAYAAN SAYA LAPORAN BERITA TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK) Pemenang: 1.Mohd Zulhelmi Bin Zainal Azam 2.Mohammad Hurzaid Bin Mohd Rosli Agensi: ASTRO ARENA Tajuk: INSIDEN TEROWONG ULASAN BERITA TERBAIK (MEDIA CETAK) Pemenang: Lim Teik Huat Agensi: THE STAR Tajuk: POOR DECISIONS CAN LEAD DIVING ULASAN SUKAN TERBAIK (MEDIA ELEKTRONIK) Pemenang: 1.Muhammad Karl Iskandar Nunis Bin Muhammad Khairy Nunis 2.Mohd Nizam Baharuddin Agensi: ASTRO ARENA Tajuk: MAGIS KINESIO LAPORAN KHAS SUKAN TERBAIK Pemenang: Shah Putra Taib Ahmad Bin Taib Agensi: RTM TajukL SUKAN NEGARA DI MATA DUNIA FOTOGRAFI SUKAN TERBAIK Pemenang: Mohd Khairol Rizal bin Buhari Agensi: CSN ANUGERAH PERPADUAN LAPORAN PERPADUAN TERBAIK (TERBUKA) Pemenang: 1.Sayed Ismail Bin Mohd Marzauki 2.Abdul Rahman Khusaini Agensi: TV3 Tajuk: DEMI MALAYSIA AZIMAT YANG MERESAPI JIWA ATLET FOTOGRAFI PERPADUAN TERBAIK Pemenang: Luqmanul Arif bin Abdul Karim Agensi: CSN ATLET TERBAIK Pemenang: Datuk Mohd Azizulhasni bin Awang Sukan: Berbasikal Trek ATLET PARA TERBAIK Pemenang: Bonnie Bunyau Gustin Sukan: Powerlifting ANUGERAH KHAS 1.Penerima: Mendiang Datuk Sieh Kok Chi 2.Penerima: Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong Post navigation TROPHY KNIVES, KUMPULAN MUZIK GENRE PUNK MALAYSIA UMUMKAN PELANCARAN ALBUM BARU BERTAJUK ‘LOOK THE OTHER WAY’ DENGAN SEBUAH PERSEMBAHAN ISTIMEWA DI THE BEE PADA HARI MALAYSIA INI GIANT MALAYSIA LAUNCHES “HAVE YOU EATEN?” CSR PROGRAMME TO HELP FEED THE NEEDY IN MALAYSIA