ERA: ERA Bayar Bil Hantarkan bil-bil sehingga RM150 yang ingin dibiayai melalui ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi ERA Layari laman rasmi era.syok.my untuk mendapatkan pautan borang penyertaan. Lengkapkan penyertaan dengan maklumat diri dan kepilkan lampiran bil untuk dibiayai. Bil yang dihantar boleh di atas nama sendiri atau orang yang dikenali. Peserta juga perlu kongsikan kisah disebalik bil yang ingin dibiayai oleh ERA. Personaliti ERA akan menghubungi peserta yang berjaya di udara. Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi dan media sosial ERA. SINAR: Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR Teka tajuk filem dalam ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM150, di udara Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara. Teka tajuk filem berdasarkan emoji yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’ SINAR. Peserta bersama tajuk filem yang betul akan membawa pulang wang tunai RM150. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya. Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR. ZAYAN: ZAYAN Teka Artis Nasyid Teka nama artis nasyid dalam ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200, di udara Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara. Teka nama artis nasyid berdasarkan imej yang dimuat naik melalui Facebook dan Instagram ZAYAN. Peserta bersama jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya. Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN. Post navigation Sanam / Live In Malaysia ISTIMEWA MAJALAH 3 BERSAMA TENAGA NASIONAL BERHAD DALAM ‘MISI: KEMBALIKAN KUASA KENYIR’