Klaus Lim, yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Susu’, percaya bahawa kerjasama ini akan memudahkan pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada golongan sasaran seperti rumah anak yatim dan rumah penjagaan orang tua. “Kerjasama ini juga membolehkan banyak dana dikumpul dan disalurkan kepada lebih ramai golongan memerlukan,” kata beliau.
“Kita tidak boleh bekerja sendirian. Sebagai sebuah badan sukarelawan yang prihatin, kita perlu perkukuhkan semua cawangan di seluruh negara termasuk bekerjasama dengan pelbagai pihak,” kata Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat, Klaus Lim (DNS).
“Inisiatif ini juga dapat membantu meringankan beban Kerajaan dan menyeru agar seluruh cawangan bergiat aktif disamping mengadakan kerjasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti badan bukan kerajaan (NGO) lain membantu rakyat berdasarkan keperluan,” katanya.
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat kini mempunyai cawangan di pelbagai lokasi termasuk Teluk Intan (Perak), Melaka, Muar (Johor), Nilai (Negeri Sembilan), Pulau Pinang, Kelantan, dan Kuantan. Cawangan lain turut beroperasi di Miri dan Kuching (Sarawak), Ipoh (Perak), Klang (Selangor), dan Johor Bharu. Tidak ketinggalan, cawangan di luar negara seperti di Thailand dan Cambodia juga aktif membantu rakyat yang memerlukan.
Dengan pengumpulan dana yang melibatkan semua cawangan, pertubuhan ini mampu menganjurkan pelbagai aktiviti sosial, termasuk membantu kanak-kanak yang menghadapi penyakit jantung, jantung berlubang, dan kanser untuk mendapatkan rawatan di hospital. Program khidmat sosial masyarakat (CSR) yang telah dilaksanakan adalah bukti komitmen pertubuhan ini dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“CSR yang diadakan ini bukan hanya sekadar membantu masyarakat, malah mempunyai misi untuk memberikan lebih banyak bantuan kepada komuniti. Pada masa sama, ia juga dapat menyemai dan mewujudkan sikap kasih sayang, sekaligus menarik minat masyarakat prihatin untuk turut sama membantu,” kata Klaus Lim.
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Sinar Harapan Batu Pahat, berusaha memperluaskan lagi jaringan bantuan dan memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada program-program kebajikan yang dijalankan.