Media Prima Berhad Raih 15 Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2021

Media Prima Berhad Raih 15 Hadiah Kewartawanan MPI-Petronas 2021

Sebanyak 15 hadiah menerusi 9 kategori berjaya dirangkul oleh para wartawan serta krew di sebalik tabir Media Prima Berhad melalui Majlis Anugerah Kewartananan Malaysia MPI-Petronas 2021 yang telah berlangsung pada 26 Jun 2022.

Kejayaan ini membuktikan bahawa komitmen yang tinggi diberikan oleh rakan-rakan wartawan dalam kalangan Media Prima Berhad menyampaikan berita sahih dan informasi terkini terus kepada penonton setia TV3 serta pembaca tegar media cetak New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Di samping itu, TV3 turut memenangi tiga hadiah sementara enam lagi menerusi media cetak kumpulan News Straits Times.  Pingat emas dan pingat perak bagi Kategori Dokumentari Video Terbaik menerusi Majalah 3 oleh saluran TV3.  Nor Izzati Lockman merangkul pingat emas, wang tunai sejumlah RM 5,000 dan trofi beserta sijil melalui laporan menarik bertajuk Predator Darat.

Kategori Dokumentari Video Terbaik

Bukan itu sahaja, rancangan Majalah 3 turut memenangi pingat perak dengan laporan menyentuh hati setiap lapisan masyarakat iaitu Episod 2 bertajuk Kita Masih Belum Menang.  Christine Lee turut menerima wang tunai berjumlah RM 1,500 beserta sijil.

Kategori Berita Video Terbaik pula menjadi milik Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 menerusi laporan ICU Seluruh Negara Melebihi Kapasiti & Pasukan Perubatan Menentukan Nasib Pesakit Diilema Pasukan.  Mas Zharif Zhafri Abdul Azid berjaya membawa pulang RM 1,500 beserta sijil.

Kategori Berita Video Terbaik

Selain itu, tujuh kategori iaitu Kategori Infografik Terbaik, Kategori Desain Halaman Pertama Terbaik, Kategori Penulisan Rencana Cemerlang, Kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail – Cetak & TV, Kategori Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang, Kategori Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang dan Kategori Laporan Berita Cemerlang merupakan kemenangan besar kepada New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.