Malaysia tuan rumah Shell Eco-marathon Asia

SHELL mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah Shell Eco-marathon Asia 2019 sebagai sebahagian daripada program Make It Future Live global.

Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur, pertandingan Asia 2019 sekali lagi berlangsung di sini setelah kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2010 dan kini meraikan tahun ke-10. Pertandingan itu membolehkan bakat muda menyahut cabaran untuk mereka bentuk, membina dan memandu kenderaan yang boleh membuat perjalanan paling jauh menggunakan bahan api paling sedikit serta melepaskan paras karbon dioksida serendah mungkin.

Bermula 29 April hingga 2 Mei tahun ini, lebih 100 pasukan dari seluruh Asia dan Timur Tengah akan menguji jentera dan kecekapan pemanduan dalam Challenge Mileage Shell Eco-marathon, untuk melihat jentera yang boleh pergi paling jauh dengan menggunakan bahan api paling sedikit.

Pada tahun 2018, Singapura menganjurkan acara itu, di mana pasukan pemenang berjaya mencipta rekod perjalanan sejauh 2,341 kilometer kira-kira jarak dari Malaysia ke Yangon, Myanmar dengan hanya menggunakan satu liter bahan api! Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Iain Lo berkata, Shell Malaysia berbangga menjadi tuan rumah Shell Eco-marathon Asia ini.

“Ia menyokong wawasan Shell untuk mobiliti mampan lebih cekap tenaga kenderaan dan pengangkutan jalan bersih. Ia sangat mengagumkan untuk melihat pasukan pelajar yang terdiri dari pelbagai negara mengasah kemahiran mereka untuk melihat siapa yang boleh mereka bentuk dan membina kereta ultra-tenaga paling baik,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *