Majlis Tausiyah 1 Muharrram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”

Majlis Tausiyah 1 Muharrram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta”

Berkesempatan menghadiri majlis Tausiyah 1 Muharrram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta” yang dianjurkan oleh Munawwareen (jenama fesyen islamik) bertemakan Raudah Jiwa dengan Kerjasama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa.

Munawwareen merupakan jenama fesyen Islamik tempatan cetusan idea Datin Hajah Aliza Abu Bakar yang telah diilhamkan oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haji Haron Din yang mambawa maksud ‘Engkau Datang Membawa Cahaya’. Munawwareen menumpuhkan rekaan koleksi pakaian Muslim dan Muslimah, jenama ini juga turut menyasarkan untuk menjadi pendahulu fesyen islamik patuh Syariah di Malaysia.

Program terbuka yang hanya disertai para Muslimah ini berkonsepkan ‘sharing session’ di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat telah menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawall jam 9 pagi.

Program yang mengangkat topik hijrah dalam mengingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke Kota Madinah serta konsep hijrah itu sendiri yang perlu diterapkan dalam kehidupan kita seharian juga azam dan semangat dalam melalui kehidupan di tahun baru hijrah 1445.

Bersama para panel yang hebat iaitu Ustazah Dr.Norhafizah Musa, Prof.Madya Dr Sharifah Hayaati, Ustazah Nony dan panel istemewa Pn Mashitah Mohd Afandy serta Pn Isma Hasmie selaku moderator.

Program ini juga turut mengundang kumpulan Qasidah Tahfiz As-Safiyyah bagi bersama-sama memeriahkan majlis dengan alunan seni suara yang mengandungi unsur unsur dakwah Islamiyah, doa kepada Allah SWT dan puji-pujian kepada Rasulullah SAW.

Program ini juga merupakan salah satu inisiatif memperkenalkan koleborasi strategik jenama Munawwareen bersama Pertubuhan Kebajikan Projek Kengkawan untuk membawa Jemaah OKU Penglihatan (SBM) dan OKU Pendengaran (MFD) menunaikan umrah pada Oktober 2023 nanti.