Majlis Perasmian Tokoh Pintar Terbaik Tahun 2022

Majlis Perasmian Tokoh Pintar Terbaik Tahun 2022

Sumber manusia adalah tulang belakang ekonomi berpendapatan tinggi, dan bakat manusia adalah faktor penting dalam kemakmuran dan pembangunan negara. Oleh itu, perkongsian antara China Press. Majlis Perasmian Orang Pintar Terbaik Tahun 2022 akan dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). Dengan itu, adalah diharapkan agar negara kita dapat mengekalkan api dan memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa.

Majlis Perasmian “Tokoh Pintar Terbaik Tahun 2022” dan majlis pujian sulung telah diadakan di Geno Hotel, Shah Alam pada waktu 6 petang hari ini. Selain daripada memberi pujian kepada golongan elit dan menyediakan platform kepada industry berbeza untuk saling mengenali, majlis ini juga membolehkan calon-calon untuk memampirkan intelek, kepintaran, IQ yang luar biasa, keazaman dan semangat mereka. Majlis ini turut membuka peluang untuk perkongsian tenaga positif di kalangan calon dan para hadirin, sambal membantu hadirin mencari hala tujuan sendiri dan peluang untuk menemui bakat baru.

Para hadirin yang dihormati yang menghadiri majlis tersebut termasuklah Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara & Presiden BIF YBHG. Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Setiausaha Agung Majlis Tindakan Pengguna Negara & Exco Integrit Dalaman YBHG Tuan Masrudi Bin Abd Rahman, Bendahari Majlis Tindakan Pengguna Negara & Exco Pembangunan Wanita YBRS. Puan Nur Salmah Binti Saimin, Pengurus Kanan Pembangunan Perniagaan China Press Berhad Tuan Tan Boon Song, Pengurus Negeri Johor China Press Berhad Tuan Lee Kuan Hwee, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselematan & Kesihatan Perkerjaan Kementerian Manusia YBHG. Tuan Abdul Razak Bin Junaidi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya YBRS. Tuan Muazam Bin Mokhtar, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor YBRS. Tuan Nurul Azhar Bin Husin.

Untuk menjadi sebagai seorang Tokoh Pintar Terbaik, calon tersebut perlu memiliki intelek , kepintaran dan IQ yang tinggi. Selanjutnya, calon-calon akan dinilai mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pengacara dan akan dipilih oleh ahli jawatankuasa yang professional. Dalam ucapan alu-aluan Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, fokus malam ini adalah pada industri elit yang memimpini organisasi mereka dengan pintar dan cekap. Para elit ini memiliki kepercayaan bahawa seseorang perlu cekap menguruskan diri sendiri sebelum boleh mempengaruhi orang lain. Ini menunjukkan bagaimana elit-elit ini berkeupayaan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sendiri dan menjadi contoh untuk orang lain.

“Dengan menggunakan kekuatan seseorang untuk mencapai kemenangan bersama adalah satu cara lain untuk menunjukkan maksud kekuatan sumber berkongsi dalam satu organisasi. Oleh itu, kami berharap untuk menyatukan sumber kami dan mencipta nilai, dan mengumpulkan kekuatan perusahaan dari setiap organisasi. Ini akan menjadi pemandu organisasi dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Sedemikian, MPTN dan China Press rasa bertanggungjawab terhadap perkara ini, dan akan membantu para pengguna menyelia dan juga merangsangkan organisasi-organisasi tersebut”.

Beliau percaya, melalui pentadbiran pihak kerajaan dari MOHR dan pihak-pihak berkaitan, “Tokoh Pintar Terbaik 2022” akan membantu para pengguna memilih perusahaan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Pada masa yang sama, ia akan membantu negara kita memupuk bakat yang tinggi dan juga merangsang perkembangan ekonomi Malaysia.

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Cik Ruth Loh (012-3191159)