Lotus’s Malaysia’s first Ceria Charity Run attracts more than 3,000 Runners and Raises RM100,000 for its Adopted Schools

Lotus’s Malaysia’s first Ceria Charity Run attracts more than 3,000 Runners and Raises RM100,000 for its Adopted Schools

Kawasan kejiranan sekitar Lotus’s Setia Alam menjadi riuh rendah apabila lebih dari 3,000 peserta berkumpul untuk Ceria Charity Run yang pertama anjuran Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia). Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), larian ini menyempurnakan inisiatif ‘Bulan Malaysia Sihat Sejahtera’ yang disambut setiap bulan September.

Lotus’s Ceria Charity Run menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang aktif, lebih sihat dan lebih ceria. Larian ini menarik minat pelari baru dan mereka yang lebih berpengalaman dengan konsep lari dan kutip sepanjang 15KM, 10KM dan 5KM. Bagi setiap pendaftaran, RM20 akan disalurkan ke dalam dana #KitakanJiran Lotus’s untuk memberikan pelajar-pelajar sekolah angkat Lotus’s di luar bandar akses pembelajaran digital yang lebih baik sambil memperkasakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk lebih berjaya kini dan pada masa hadapan.

“Cara pembelajaran murid pada zaman kini telah berubah disebabkan oleh teknologi, dan pembelajaran digital juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam landskap pendidikan. RM100,000 yang berjaya dikumpulkan melalui pendaftaran Lotus’s Ceria Charity Run dan sumbangan ikhlas dari rakan kongsi kami akan membolehkan Lotus’s meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar sekolah angkat kami dengan mengembangkan apa yang sedang diajar di dalam bilik darjah serta memberikan mereka peluang untuk mencipta dan merepresentasikan idea digital mereka”, kata Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.

Turut menyertai ahli Jawatankuasa Eksekutif Lotus’s untuk melepaskan perserta Lotus’s Ceria Charity Run adalah Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Tuan Lukanisman Awang Sauni.

Sebagai sebuah peruncit yang menggalakkan penggunaan beg boleh guna semula semasa membeli-belah di stor mereka, semua peserta diberikan beg tee non-woven untuk mengumpul pelbagai produk kegemaran jenama Lotus’s seperti kopi segera, makanan ringan dan banyak lagi ketika mereka berlari menuju ke garisan penamat. Beberapa jenama terkenal seperti FrieslandCampina (Dutch Lady), Anakku, Suntory (Ribena), Coca-Cola, Unilever, F&N, Ottica Code, Oxford Optical, Sunshine Bread, Nestle, BIG Pharmacy, Gintell, Lionmas Furnisher, Kings Confectionery, Dunkin Donuts, Mehko dan Ice Watch juga turut mengambil bahagian dalam acara ini dengan mendirikan gerai-gerai pameran dan menaja baucar diskaun, minuman, roti dan barangan kesihatan & kecantikan.

Terdapat juga aktiviti-akitiviti lain seperti cabutan bertuah, akitiviti permainan dan hadiah menarik untuk ahli My Lotus’s dan orang ramai untuk diterokai dan dinikmati di Race Village seperti Flavor Frenzy, Recycling Ninja, Harvest Toss dan Guess the Weight. Turut disediakan adalah pemeriksaan kesihatan percuma anjuran KKM bagi mereka yang datang ke program ini.

Memandangkan ini merupakan acara larian amal yang pertama untuk Lotus’s Malaysia, peruncit itu berhasrat untuk menganjurkan acara ini setiap tahun dan menarik lebih ramai peserta pada masa hadapan untuk memacu lagi usaha sosial dan pendidikan #KitakanJiran.