Justin (empat dari kiri) dan Kim (lima dari kiri) bersama model yang menggayakan LG CordZero pada Majlis Pelancaran LG All- in-One Tower di Kuala Lumpur pada Khamis. – FOTO: SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
LG Electronics Malaysia (LG) melancarkan produk baharunya iaitu vakum tanpa wayar, LG CordZero All- in-One Tower yang diyakini membawa tahap pembersihan terbaik kepada isi rumah dengan mentakrifkan semula cara penjagaan ruang kediaman.
Produk itu merupakan tambahan terbaharu kepada segmen perkakas rumah jenama LG.
Pengarah Urusannya, Justin Choi, produk yang direka bentuk khas untuk pemilik rumah itu menawarkan penyelesaian penjagaan rumah yang komprehensif melangkaui kaedah pembersihan tradisional sekali gus membuktikan komitmen jenama itu terhadap inovasi dan kemudahan.
“Kami yakin vakum terbaharu ini yang dilengkapi All-in-One Tower akan memberikan pengalaman pembersihan yang terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.