LENNY “RATU CANTIK” YANG INGIN ADA KARIER LAKONAN!

LENNY “RATU CANTIK” YANG INGIN ADA KARIER LAKONAN!

Walaupun sudah mempunyai laman web dalam industri peragaan, Gadis Bumi Kenyalang terbuka untuk menambah ilmu. Lenny (Lenny Jemat) mula bermodel pada 2018 dan terus melakukannya. Lenny juga telah memenangi pertandingan pertandingan Bulgaria untuk “Miss Borneo 2020” dan “Miss Perfection 2020.”

Kini, Lenny mengambil angin baharu dengan bergelar salah seorang peserta dalam program realiti FIT FOR ACTION. “Saya menyertai FIT FOR ACTION kerana ingin mempelajari teknik-teknik lakonan daripada pengarah yang terhebat dan terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz M. Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty,” kongsi Lenny. Walaupun modeling menjadi pilihan utamanya dan masih lagi aktif dalam acara-acara yang memerlukan modelling, dia merasakan dengan mengembangkan bakatnya di dalam lakonan boleh memberikan kelebihan yang besar kepada kerjayanya.

Menceburi bidang lakonan tidak akan terlepas dari kontroversi. Bila ditanya jika terpalit dengan kontroversi apakah tindakan yang akan diambil? Lenny yang pernah menghadapi situasi berat dalam hidupnya menyarankan agar kita perlu membuat persediaan dari segi mental untuk menghadapi apa-apa kontroversi yang mendatang. Katanya, “kena pandai handle dan manage, kita jangan cepat melatah.”

Bagi Lenny, bakat adalah penting dan menjadi asas untuk kita mencuba apa-apapun. “Bila sudah ada bakat, ia boleh diasah untuk menjadi yang lebih baik. Bila sudah dibuat dengan baik dan bermutu barulah orang akan mengambil perhatian, orang boleh kenal, orang boleh puji atau komen dan menghargai lakonan kita dan nama kita boleh naik. Cara ini tak perlu ada followers dalam media sosial untuk memulakan karier kita dan ia lebih terjamin dari hanya bergantung pada followers untuk menaikkan nama kita,” ujar Lenny.


Jangan terlepas untuk menonton FIT FOR ACTION, pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam dan gunakan pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 

FIT FOR ACTION ialah program pertandingan realiti baharu TV3 yang berkonsepkan cabar lakon- layar dan fizikal antara 12 peserta dalam mencari pelapis pelakon lelaki dan pelakon wanita yang dinilai melalui ketahanan ujian fizikal dan mental juga penghayatan watak serta penghafalan skrip. 

FIT FOR ACTION menampilkan Dutch Lady sebagai penaja utama dan Centrum sebagai penaja bersama. FIT FOR ACTION berjaya dihasilkan dengan kerjasama Motion Content Group. Gunakan tanda pagar #FitForActionTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Untuk mendapatkan info terkini tentang program TV3 layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.