MASALAH perut buncit adalah sesuatu yang normal baik dalam kalangan lelaki mahupun wanita.
Jika masalah itu tidak diatasi dengan segera bimbang ia mengundang pelbagai komplikasi penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, masalah tulang atau kolestrol tinggi.
Bagaimanapun, jangan gusar. Bagi membantu menghilangkan perut buncit khususnya selepas raya, Coach Nurulami menerusi laman sosial Instragram berkongsi tujuh tip yang boleh diamalkan.
1. Kurangkan gula
Memadai selepas Syawal menikmati pelbagai makanan dan minuman yang bergula. Mulai hari ini amalkan minum air putih secukupnya.
2. Makan lemak baik
Lupakan rendang ayam ataupun daging seketika. Cuba usahakan mengambil lemak baik daripada buah avokado dan omega-3.
3. Karbo kompleks (sayuran, bijirin)
Karbo kompleks yang cukup serat membuatkan kenyang lebih lama. Selain itu antara rahsia perut kempis lebih cepat adalah dengan mengambil serat mencukupi.
4. Minum air putih secukupnya
Setiap 25 kilogram (kg) memerlukan seliter air putih. Ini bermakna, sekiranya memiliki berat sebanyak 75 kg maka minum tiga liter air sehari. Fokus utama cukupkan pengambilan air.
5. Protein sihat (ikan, tauhu, tempe, telur, ayam)
Nikmati protein yang sihat yang dimasak dengan kaedah rebus, bakar atau panggang. Elak masakan berlemak dan bergoreng
6. Mula aktif bersenam
Tiada ada masa bersenam? Cuba kekal aktif sepanjang hari. Banyakkan bergerak dan berjalan berbanding hanya duduk.
7. Elak stres
Selepas raya ramai individu stres disebabkan berat naik, poket pula semakin ‘kempis’. Jom elakkan stres, daripada memikirkan berat naik sebaliknya amalkan tip hilangkan perut buncit ini.
Selamat mencuba!
Sumber: @coach_nurulami