Lampu LED VS bulb halogen

SABAN tahun kita dimaklumkan dengan bukan setakat puluhan malahan ratusan angka kematian akibat kemalangan jalan raya terutama pada waktu malam. Adakah kita mengambil iktibar atau sekadar berasa simpati buat seketika sahaja?

Hakikatnya, tahap keprihatinan dalam kalangan masyarakat masih rendah dan perkara itu menyebabkan tercetusnya kejadian yang tidak diingini di atas jalan raya. Semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha mengatasi isu tersebut.

Faktor penting penglihatan

Untuk pemanduan pada waktu malam, perkara paling penting adalah visibility atau penglihatan. Bagi mendapatkan penglihatan yang baik, selain lampu jalan, lampu kereta memainkan peranan paling penting. Teknologi lampu atau pencahayaan pada kenderaan saban hari semakin maju dan terdiri daripada pelbagai jenis. Sebagai contoh, daripada sistem lampu biasa yang menggunakan bulb halogen seperti yang terdapat pada kebanyakan kenderaan sebelum ini, perlahan-lahan pengeluar kenderaan beralih kepada penggunaan lampu-lampu daripada jenis lain seperti LED serta High-Intesity Discharge (HID).

Lampu tungsten merupakan yang terawal digunakan pada kenderaan, sejak 1960-an lagi. Ia kemudian berkembang kepada teknologi tungsten-halogen yang mampu memberikan keberkesanan pencahayaan yang lebih baik dengan daya kecerahan yang mampu bertahan lebih lama.

Dengan kos yang rendah serta jangka hayat yang boleh bertahan antara 500 hingga 1,000 jam, bulb halogen menjadi pilihan yang paling mudah dan praktikal untuk kenderaan. Namun, ia memerlukan sekitar 55 watt tenaga untuk berfungsi, juga hadir dengan kelemahan tersendiri sebahagian daripada tenaga itu akan terbazir dalam bentuk haba panas dan bukannya cahaya.






Pencahayaan bulb halogen.

Pencahayaan bulb halogen.






Pencahayaan lampu LED.

Pencahayaan lampu LED.

Teknologi LED beri penjimatan

Kini penggunaan lampu HID atau High Intensity Discharge mula digunakan sebagai pilihan lebih selamat dan premium sejak 21 tahun lalu oleh BMW. Walaupun, lampu HID jauh lebih terang dan lebih selamat, masih banyak pengeluar kenderaan menggunakan lampu mentol halogen dengan alasan faktor kos yang sangat rendah.

Namun begitu, nampaknya teknologi mungkin akan bertukar bila semakin banyak pasaran mahukan kenderaan-kenderaan yang lebih menjimatkan bahan api. Untuk itu, lampu LED lebih baik dari HID kerana ia bukan sahaja terang tetapi ia menggunakan tenaga yang jauh lebih rendah.

Sebagai contoh, anggaran kasar lampu mentol halogen kebiasaannya menggunakan 55 kw 65 Watt dan lampu HID pula menggunakan 42 Watt. Sementara, lampu LED 15 hingga ke 18 Watt sahaja. Ini bermakna untuk memastikan penggunaan tenaga rendah, penggunaan mentol LED memang membantu merendahkan kos penggunaan bahan api.

Lampu LED juga cuma memerlukan satu milisaat untuk mencapai keterangan maksimum. Ini sangat laju dan 250 kali lebih laju dari lampu gas pijar.

Pilihan kenderaan mewah

Selain itu, lampu LED ialah punca cahaya paling terang berbanding dengan lampu-lampu yang lain malahan juga hampir sama dengan cahaya di siang hari. Ia menghasilkan cahaya seterang 3,000 Lumens untuk lampu bawah (low beam), berbanding dengan 800 Lumens untuk lampu halogen biasa.

Lampu LED juga hampir sama terang dengan warna matahari, 5,500 kelvin berbanding dengan 4,500 kelvin untuk HID dan 2,500 ke 3,000 kelvin untuk lampu halogen. Masalah utama lampu LED ialah kos yang tinggi. Di sebabkan itu hanya kenderaan mewah atau varian paling tinggi akan menggunakan teknologi lampu secanggih ini.






Lampu LED mengeluarkan cahaya paling terang berbanding dengan lampu-lampu lain.

Lampu LED mengeluarkan cahaya paling terang berbanding dengan lampu-lampu lain.

Namun begitu, dengan syarat pelepasan asap yang semakin ketat, makin banyak kenderaan-kenderaan baharu yang datang standard dengan lampu LED terutamanya kenderaan mewah.

Kesimpulan hasil pengujian lampu LED dan bulb halogen

Lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) 4,300K maksimum. Penulis sendiri telah menguji dengan menggunakan LED dari Eagle-eyes Asia dengan kadar pencaran 4,000k dan ternyata jauh berbeza jika dibanding dengan buld halogen sebelumnya.

Untuk makluman, lampu kereta mestilah mempunyai jarak sinaran yang luas dan jauh supaya boleh nampak apa-apa halangan yang mengganggu lalu lintas di atas jalan ketika memandu. Jadi, selepas menggunakan lampu LED, kadar penglihatan serta jarak sinaran pemanduan penulis juga kini semakin baik dan meyakinkan.

Jelas sekali halogen dikalahkan teruk dengan LED yang lebih cerah. Kesimpulannya, jika memilih lampu LED, anda akan dapat lebih banyak manfaat. LED lebih cerah dan terang berbanding buld halogen biasa. Tetapi, metod pencahayaan LED sangat berbeza, di mana cahaya dihasilkan menggunakan diod dan elektron, bukan filamen atau gas.






Antara jenis jenama LED yang terdapat di pasaran tempatan.

Antara jenis jenama LED yang terdapat di pasaran tempatan.

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh ke laman Instagram Photum_led_headlight untuk pembelian atau sebarang pertanyaan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *